Permulaan Hidup Kami

Permulaan Hidup Kami
OuR LiFe

Sunday, 23 October 2011

Panas muka kena sound huhu


Assalamualaikum

Haiii...td pagi pegi buat appoiment kat Klinik Kerajaan..nak buat kad merah untuk kesihatan ak n y kt dlm perut ni..
Sampai jer nurse taya last period bila..so ak pn ckp la pose ri tu 7hb.. 
Nurse muka terus lain, dia kata ak lambat dtg..nape x dtg awl2 masa 2minggu ngandung..
Aduh, terus jadi panas muka aku ni..Ak pn kata la b4 ni aku penah kena 2bln x dtg period tp x ngandung..
so aku kata, sebab tu la saya dtg lewat ni.. nk btul2 dh ngndung br nk g cek..

Nurse : Ada pergi klinik mane2 x cek.?
Aku : Ada, g klinik swasta 
Nurse : Doc tu cek apa je?
Aku : Xde pape just scan jer.
Nurse : Esok kol 2 ptg datang buat pemeriksaan kat sini (KK).
Aku : Ok, nk kena bawak ke gambar scan tu?
Nurse : Aha, bawak skali..jgn lupa bawak sijil nikah origanal dan potostat.
Aku : oo ok terima kasih.

Maka, esok bermula la episod aku membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan.
Takut gak ni..mane x yer..sensorang nk ngadap 3 nurse yg leh thn gak la mulut yer mensound aku..
Aduh..tadah jer la telinga ni..



Saturday, 22 October 2011

Boy vs Boy & Girl vs Boy


Assalamualaikum
haaii..

Wahh..buat entry lagilaaa, bkn pe saje nk bercerita
dan meluahkan rasa suka n gembira..

I ni xtau nk luahkan kat mana dah perasaan ni..nasib baik la ada blog comel ni kn..
dapat la nk bercerita-crita..

Jeng-jeng..bercerita keadaan diri yang meniti hari untuk menjadi mama cewahh
(alamak dh x suprise laa kepada kwn2 rapatku y xtau tu)
Harap2 dorg x baca la entry aku ni heheh saje xnk gtau coz nk dorg tgk sendiri keadaan aku bile we'll berjumpa..
Lagipun aku ni dh jarang jupe kwn2..masing2 sibuk ngan kerjaya masing2..
bila ada perayaan jer dpt berkumpul bersama.

Bila dah xtau nk luahkan perasaan kat sesiapa so yang menjadi mangsa adalah SiDia..
Selalu la jugak bercerita ttg keadaan aku ni hari demi hari, minggu demi minggu..
Kadang2 cite pasal sakit pening, kadang2 cita pasal badan berangin (berangin ni macam perut aku kembung)
kadang2 plak cite pasal keje (yela kerjaya aku ni byk kuar ke tempat2 y semak samun..kdg2 risau g tempat yg mcm tu.) 
Cerita punya cerita, rupa-rupa yer SiDia dh naik marah ngn aku (maybe meyampah kot hehe)
Dia marah kata yer dah malas nak dengar luahan perasaan aku ni..(aku rase luahan aku ni ngada2 kot..aku pn x pasti la cz takut plak nk taya lebih2..xmo xmo)
Maka, skang aku xnk la bercerita lebih kt sidia.. so aku amik inisiatip luahkan keadaan aku n my bby kt blog comel ni 
bleh kn bleh kn...
Anw, aku rasa la kan, my bb ni boy kot huhu bkn pe..sebgai contoh ank buah aku lelaki (ank cousin aku) name yer Adif Rizqin.
Adif Rizqin ni kalo datang umah jer..aku kena standby berjaga2, sbb yer dia kalo nmpak aku jer die terus nk terkam pastu cubit n pukul aku ni..aduh..tp xpelakan budak kn.die geram ngn aku la tu.. Maybe SiDia aku pn tgk asik moody jer ngn aku ni..
itu sebab la kot Boy Vs Boy = jadi x ngam la kan hahahha (pd pandangn aku jer tp tgk la nti bila bb kuar)
Tapi bila budak yang mak aku jaga plak girls..nama yer Nuriz Qalesya Dania. Dania ni plak bukan main manje lagi ngn aku.
Asal aku balik keje jer..aku bukak jer pintu umah..Dania ni terus datang dekat aku peluk aku..
so Girl Vs Boy = serasi la kan hahaha (memandai aku jer wat spekulasi)


Muhammad Adif Rizqin


Nuriz Qalesya Dania

Thursday, 20 October 2011

Emosi Oh Emosi


Assalamualaikum...
Haiii...pembaca yg sudi membaca blog kami yg x seberapa ni..
Dh lama rasa yer miza menyepi dr menaip blog ni..asik si Aenu jer huhuuh
Anyway, entry miza kali ni sesaje nk berkongsi info..
Untuk pengetahuan sendiri..n nk la kongsi ngn u'll yg sudi membaca n megikuti blog ni..
Dapat info ini pn dari google..
So meh kita terjah emosi kita

Biarpun begitu, gejolak emosi ibu yang hamil ini dikatakan berbeza sedikit mengikut trismester mereka. 

Di awal kehamilan.

Kebiasaannya bakal ibu akan dibayangi perasaan takut terhadap kemungkinan berlakunya keguguran. Ada di antara mereka yang merasakan cemas berlebihan apatah lagi kehamilan tersebut adalah yang pertama. Selain cemas, perasaan dipinggirkan oleh orang di persekitaran juga kerap dirasakan. Ibu hamil mungkin merasa tertekan kerana keinginan untuk terus bercerita tentang kehamilan sedangkan rakan yang lain pula kurang berminat.
Sekiranya ada ibu hamil merasai keadaan sedemikian maka carilah kelompok dari kalangan ibu hamil juga supaya masing-masing dalam meluahkan perasaan dan bertukar pandangan. Selalunya gejolak emosi tersebut merupakan satu pernyataan atau keinginan supaya diri lebih diberi perhatian oleh orang sekeliling terutamanya suami. Ia memang wajar sekali buat ibu hamil. Namun jika perubahan emosi tersebut sudah masuk ke tahap kemurungan maka sebaiknya diawasi.
Kemurungan akan menyebabkan pembuluh darah di rahim mengecut sehingga menyebabkan aliran darah ke rahum berkurang. Sekali gus membuatkan aliran darah ini ke janin berkurang dan janin akan menerima lebih sedikit oksigen dan nutrisi. Selain itu, ibu hamil yang murung juga akan menyebabkan anak yang lahir turut menunjukkan gejala tersebut misalnya hiperaktif ataupun lebih banyak meragam.

Trismeter Kedua

Masuk bulan keempat usia kehamilan, perasaan cemas dan risau umumnya akan beransur hilang. Ia diganti dengan perasaan sangat bahagia terutama bila bakal ibu sudah dapat merasakan gerakan janin. Dari sudut lain, perhatian penudah dari pasangan sejak awal diberitakan hamil akan membuatkan bakal ibu begitu "bergantung" kepada suami. Jadi tak hairan bila suami hanya mengabaikan sedikit saja isterinya maka perasaan risau akan ditinggalkan muncul.
Ada pendapat menyatakan perasaan ini timbul kerana keadaan diri ibu hamil itu sendiri. Mereka berasa diri gemuk, tidak cantik dan tidak lagi menarik. Justeru keadaan tersebut boleh membuatkan suami berpaling pada wanita lain. Sebenarnya ramai suami berpendapat bahawa isterinya akan makin cantik dan seksi ketika hamil. Namun seiring dengan perkembangan kehamilan, perasaan itu akan hilang dan ramai ibu hamil akan menikmati kebahagian.

Tiga bulan terakhir

Tiga bulan terakhir kehamilan ini adalah bulan yang penuh kegembiraan buat ibu hamil. Janin dalam kandungan sudah cukup kuat dan matang. Keadaan ini menghilangkan perasaan risau mengalami keguguran. Namun begitu ada juga ibu hamil yang berasa gelisah saat ini. Ada yang kerap mengalamun dan berimiginasi, selalunya tentang peranan dan tanggungjawab sebagai ibu yang akan di pegang.
Selain itu, ramai juga kalangan ibu hamil yang dilanda perasaan letih dan bosan dengan kehamilan ketika di akhir kehamilan. Mereka berasa ingin lekas mengakhirinya sekali gus perasaan takut menghadapi proses bersalin. Perasaan sebegini akan lebih kuat dirasai oleh wanita yang kali pertama hamil.
Tak perlu khuatir dengan perasaan ini kerana ia biasa di hadapi ibu hamil. Setelah kehamilan masuk sembilan bulan, sebahagian daripada ibu hamil sudah dapat mengatasi rasa takut bersalin ini. Tapi kadang-kala pertanyaan dari orang sekitar tentang perkara tersebut akan membuatkan perasaan takut itu muncul kembali. Oleh itu ibu hamil dinasihatkan untuk sentiasa berfikiran positif dan menyedari bahawa apa yang anda rasakan itu hanyalah bersifat sementara sahaja.

Sekian...Selamat membaca
Tahniah pada ibu2 hamil

p/s utk diri sendiri:
Moga dpt mgawal emosi 
p/s utk Aenu:
Moga dpt memahami diri ini

Coretan dariku miza

Wednesday, 19 October 2011

As Syahid Fauzi Ismail

MUJAHIDDIN MELAYU
Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama.





Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka saya muat-turunkan selingkar kisah dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail untuk tatapan pengunjung blog ini.

Latar Belakang As Syahid
Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa
Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad
Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah
As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. 
 
Tanda Kesyahidan
As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.
Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur.

Friday, 7 October 2011

Ku Pinang Kau Dgn Bismillah

Ungu Feat Rossa - Ku Pinang Kau Dengan Bismillah Lyrics

Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
ku pinang kau dengan Bismillah

Thursday, 29 September 2011

HUJUNG THN NI KOT..

Jamu-jamu lah matanya ye...
Proton-P3-21A-1


Proton-Exora-Turbo-11


9/10 PUNCA REZEKI ADALAH DALAM PERNIAGAAN ( ULASAN DARI HADITH )


Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan. Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum - , kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata. Memang ada hadith yang sahih dan popular...tetapi dalam masa yang sama juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan sering digunakan di mana-mana.

Apabila kita mengetahui hakikat bahawa populariti tidak menjamin kesahihan, (kaedah ini juga diakui dalam kajian lain) maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidiki kesahihan sesuatu hadith dan tidak hanya bergantung kepada kemasyhuran atau popularitinya sahaja.


Maka dari manakah asal datangnya hadith ini? Di antara disiplin dalam menyebutkan hadith -sebagaimana diketahui dalam kajian hadith- ialah menyatakan sumber atau asal sesebuah hadith. Ia membantu dalam proses seterusnya iaitu menilai sama ada ia sahih atau tidak.


SUMBER ASAL HADITH '9/10 REZEKI'


Berdasarkan pencarian dan dibantu oleh kajian-kajian terdahulu, hadith ini disebutkan dalam beberapa lafaz berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu 9/10 rezeki ada dalam perniagaan. Didapati hadith ini disebut oleh Imam al-Ghazali (wafat 505H) di dalam bukunya yang terkenal iaitu Ihya' Ulumuddin.

Menurut Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, tahun 2001, ia disebut dalam jilid 2, muka surat 59 dalam Kitab Aadaab al-Kasb wa al-Ma'asy, Bab pertama 'Fadhl al-Kasb wa al-Hatth 'Alaih (Kitab adab-adab mencari rezeki dan pendapatan, bab kelebihan mencari rezeki dan galakkan ke atasnya). Tetapi ini tidak bermaksud Imam al-Ghazali 'meriwayatkannya' kerana beliau tidak menyebutkan sanad (rantaian periwayat) terhadap hadith ini. Maka yang lebih tepat ialah Imam al-Ghazali 'menyebutkannya' di dalam buku Ihya' Ulumiddin.

Bagi yang pernah membaca buku Ihya' Ulumiddin, mereka pasti akan tahu bahawa terdapat seorang ahli hadith yang digelar al-Iraqi (wafat 806H) yang telah menyemak dan memberikan ulasan terhadap hadith-hadith yang ada di dalam buku Ihya' Ulumiddin. Apa yang beliau lakukan ialah atas permintaan pencinta ilmu untuk mengetahui kedudukan dan sumber asal hadith-hadith di dalam buku tersebut. Malah kebanyakan cetakan Ihya' Ulumiddin dimuatkan bersama komentar dan ulasan al-Iraqi ini dalam bentuk nota kaki di bawah teks asal Ihya' Ulumiddin.


KOMENTAR AL-IRAQI TERHADAP HADITH '9/10'


Apa kata al-Iraqi? Beliau telah menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan oleh: Ibrahim al-Harbi dalam bukunya Gharib al-Hadith melalui jalan Nu'aim Bin Abd. Rahman dan kesemua periwayatnya thiqat (dipercayai). Seterusnya beliau menyatakan kata-kata dari tiga imam hadith iaitu: Abu Hatim, Ibnu Hibban dan Ibn Mandah menyatakan bahawa Nu'aim Bin Abd. Rahman bukanlah seorang sahabat tetapi seorang tabi'i (sempat bertemu sahabat dan tidak sempat bertemu Rasulullah s.a.w.), maka kata al-Iraqi: Hadith ini mursal.


Maksud al-Iraqi dengan kata-katanya: 'mursal' ialah hadith ini dinyatakan oleh Nu'aim Bin Abd. Rahman sebagai 'Nabi s.a.w. bersabda' sedangkan beliau tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. bahkan beliau merupakan seorang tabi'i. Hadith dalam kategori sebegini diistilahkan sebagai mursal dan ia adalah antara kategori hadith yang belum dipastikan sahih atau dhaif. Untuk lebih lanjut, sila rujuk mana-mana buku ilmu hadith dan cari perbincangan tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'.


KESIMPULAN DARIPADA KATA-KATA AL-IRAQI


Apa yang dapat difahami daripada ulasan al-Iraqi
:
  • Hadith ini sumber asalnya ialah buku Gharib al-Hadith hasil susunan Ibrahim al-Harbi.
  • Di dalam hadith ini, didapati Nu'aim Bin Abd. Rahman telah menyebut bahawa ia berasal daripada Rasulullah s.a.w.
  • Namun dalam periwayatan hadith, hanya seorang sahabat (sempat bertemu Rasulullah s.a.w.) yang boleh menyatakan demikian.
  • Setelah dikaji oleh al-Iraqi, didapati Nu'aim bukan seorang sahabat, tetapi seorang tabi'i.
  • Ini menjadikan hadith tersebut terputus. Dalam hal ini, ia diistilahkan sebagai 'mursal'. Seluruh ulama hadith sepakat bahawa hadith 'mursal' bukanlah salah satu kategori 'hadith sahih' . Ia perlukan kepada banyak syarat dan keadaan untuk menaikkan kedudukannya ke tahap 'sahih'. Bukalah mana-mana buku Mustolah al-Hadith, pasti akan ada perbincangan panjang tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'. Kebanyakan pengkaji juga menyebutkan bahawa 'mursal' pada penggunaan ulama awal ialah lebih luas dan ia membawa maksud kedhaifan.

SUMBER LAIN

Namun begitu, hadith ini juga ditemui dalam sumber yang lain. Hadith ini ditemui antaranya didalam :


a) Buku Sunan Sa'id Bin Mansur - Ia dinyatakan oleh Markaz Fatwa dari laman web islamweb.net (fatwa no.61297), . Namun Markaz Fatwa menyatakan ia berasal dari riwayat Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Tooi.


b) Buku Islah al-Mal, Ibnu Abi al-Dunya (wfat 281H) (cetakan Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, tahun 1993) - ia meriwayatkan hadith ini yang bersumberkan Nu'aim Bin Abd. Rahman (hadith no.213) . Maka ia sama juga seperti yang disebutkan di atas tadi. Ia hanya pengulangan rantaian periwayatan yang sama.


c) Buku al-Jami' al-Shaghir, al-Suyuti (wafat 911H)- dalam buku ini, hadith tersebut disebutkan (bukan diriwayatkan) dan seterusnya didapati al-Suyuti membuat ulasan yang amat ringkas iaitu - daripada Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Too'i secara 'mursal'. Kita dapati al-Suyuti menambah seorang lagi tabi'i yang meriwayatkan hadith tersebut. Tetapi beliau masih menyatakan ianya 'mursal' dan ia kembali kepada perbincangan panjang tentang kedudukan hadith 'mursal' dalam ilmu kajian hadith atau mustolah al-hadith.


d) Buku Gharib al-Hadith karya Abu Ubaid al-Qaasim Bin Sallaam (wafat 224H) (cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, tahun2003) - di dalam jilid pertama, muka surat 80, didapati Abu Ubaid telah menyebut hadith ini dan didapati jalannya juga melalui jalan periwayatan Nu'aim Bin Abd. Rahman.


KESIMPULAN PENTING


1- Hadith ini walaupun popular, ia tidak disebutkan atau diriwayatkan di dalam buku-buku hadith utama seperti: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, buku-buku Sunan, Musnad-musnad dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara (salah satu) petunjuk tentang kedhaifan sesebuah hadith.


2- Di dalam semua buku utama hadith seperti di atas, terdapat bab-bab dan hadith-hadith tentang perniagaan. Sekiranya ia sahih dan penting - berdasarkan maksudnya - pasti ia akan berada di dalam buku-buku utama tersebut dan dijadikan dalil utama dalam menggalakkan perniagaan.


3- Tidak kita temui kenyataan dari mana-mana ahli hadith utama yang menyatakan kesahihan hadith ini. Apa yang ada hanyalah sebahagian ulama menyebutnya di dalam buku mereka dengan rantaian periwayat yang mana ia (rantaian periwayat itu) difahami - oleh pengkaji hadith - bahawa ia merupakan petunjuk kepada kedhaifannya. Ahli hadith moden juga didapati menilainya sebagai dhaif.


4- Untuk menyatakan bahawa perniagaan adalah baik dan Islam menggalakkannya, sudah memadai dengan ayat-ayat Al-Quran - contohnya ayat 275 surah Al-Baqarah - dan hadith-hadith yang penuh dengan panduan dalam perniagaan. Lagipun, hakikat bahawa Nabi s.a.w. pernah berniaga semasa mudanya dan para sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini juga sudah cukup menggalakkan kita untuk melakukannya. Kita tidak perlukan lagi hadith yang dhaif atau tidak pasti sebagai dalil. Begitu juga kita boleh mengetengahkan fakta-fakta sahih tentang para Nabi selain Rasulullah s.a.w. yang juga berniaga dan bekerja sendiri.


5- Hendaklah kita berhati-hati dengan populariti sesuatu hadith atau kata-kata, kerana ia mungkin tidak sahih atau tidak tepat.


6- Bagi mereka yang tetap ingin menyebut hadith ini sekadar menggunakan maknanya, adalah dinasihatkan mengikuti saranan imam-imam hadith seperti al-Nawawi, Ibn Hajar dan lain-lain yang mana mereka menyarankan agar membezakan antara 'cara menyebut' sesuatu hadith yang sahih atau dhaif. Seeloknya hendaklah digunakan ayat-ayat seperti - terdapat sebuah riwayat menyatakan bahawa..., sebagaimana di dalam sebuah hadith dhaif..., agar masyarakat tidak terkeliru.



INI HANYA SEBAHAGIAN DARI PANDUAN KITA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SEBAB KADANG2 KITA MENERIMA SESUATU ITU BULAT-BULAT DAN TANPA KAJIAN ATAUPUN SUMBER ILMIAH LAIN. TERIMA KASIH PADA YANG MELUANGKAN MASA MEMBACA TEKS INI... aenuamnya


DICIPLAK DARI
http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2008/12/ulasan-terhadap-hadith-910-rezeki.html
DAN
beberapa sumber lain dari uncle google dan makcik yahoo!!

Friday, 23 September 2011

GUA RESPEK SAMA LU BRADER!!!!!!!





Tak tau kat negara mana yang jadi menatang ni..
Ini pun dapat sbb td saja Search kat "Uncle Google" & ada plak image ni.. huhu..
Apa2 hal pun mmg kena respek dgn brader ni, kaki hancur pun bleh lg dengan selamber layan SMS..
Huhu..

Ni lg Satu.. Saja2 nak kongsi2..



Korang tgk bangunan ni, n tanpa diduga dia menjadi sempadan pemisah antara dua negara!!!
So maknanya, bangunan putih sebelah kiri, rakyat negara lain, n bangunan kelabu sebelah kanan rakyat negara lain!! Tak tau la betul ke tak apa yg aku cakap ni...
So try lah Blogwalking ke, minta tolong kat Pakcik Google ka, Makcik Yahoo ke utk mencari dua negara yg bersempadan dengan bangunan ni..
Bleh ke?

"JIKA KAMU BOLEH HIDUP, KAMU HARUS INGAT BAHAWA IBU SAYANG KAMU"

Aku ingin menceritakan Sebuah kisah benar yang telah berlaku di bumi China semasa berlakunya gempa bumi di sana... Mungkin ada yang telah pernah membaca pasal ni, n aku pun dah try blogwalking pasal ni n jumpa kat mcm2 blog dah n kat FB pun ada..
Selepas gempa bumi di bumi China itu reda, penyelamat telah tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, dan mereka telah melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah.

Namun mayat tersebut kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Dan sebenarnya, Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
 
Para penyelamat telah berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan mayat tersebut dan ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia. Para penyelamat terpaksa meninggalkan rumah tersebut kerana mereka lebih mengutamakan mangsa yang masih hidup.

Namun dengan takdir Allah,ketua pasukan penyelamat tersebut terdorong untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu dan memeriksa keadaan sekelilingnya. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "


Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati untuk memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Akhirnya kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya itu dapat diselamatkan. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. 


Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

Moga menjadi panduan untuk kita dan semestinya pesanan ini untuk sayangku Norhamizah Bt Ahmad yang kelak akan bergelar ibu. Insyaallah.

Friday, 16 September 2011

Resepi : Puding Sagu


Nyum Nyum...


PUDING SAGU

BAHAN A
1 Cawan Sagu
3 Cawan Air
Sehelai Daun Pandan
BAHAN B – kuah puding
1 Ketul Gula Melaka
Santan
Gula Pasir

CARA-CARA
1.       Bersihkan sagu dan rendamkan selama 10-15minit.
2.       Then masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan tanak (masak) – pastikan bhn2 di kacau sentiasa sehingga mendidih.
3.       Setelah sagu tadi pekat, masukkan dalam loyang atau mangkuk kecil2 then biarkan sejuk sendiri.
4.       Untuk kuah pula, 1 ketul gula melaka+sedikit air di panaskan sehingga cair. Masukkan gula pasir sedikit untuk menambah kemanisan.
5.       Cara hidang pula : puding sagu y dh sejuk td, masukkan dlm cwn puding. Then tuangkan santan + gula melaka cair = siap (hidangkan, kalo nk sejuk leh taruk ais seketul dua)

 SeLaMat MemCubA KEngKawAn..