Permulaan Hidup Kami

Permulaan Hidup Kami
OuR LiFe
Showing posts with label Perkembangan Fathul Iman. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Fathul Iman. Show all posts

Thursday, 19 September 2013

Ubat Penenang bila stress..


Assalamualaikum & haiiii

Kebanyakan manusia akan mengalami stress..huhuhu...

Ubat stress aku adalah my hero encemku, tidak lain tidak bukan sape lagi Fathul Iman.. hihi sekarang umur ye dah 1tahun 4bulan (16bulan). Semakin banyak belajar dan bijak.. meragam, manja, berani, kadang tu kememey hihi..dah pandai meminta..

Wajah encem boy mama la yang membuatkan mood n stress hilang sbentar..tengok keletah dan gelagat sikecik ni...

Oklah, malas nak bebel panjang..so meh la layan pic budak comel, encem boy ni... mama syg iman ketat2 muuaaahhh

Nukilan by mieza..

Sunday, 7 July 2013

12 bulan sudah Fathul Iman


Assalamualaikumm and Haiii

Perkembangan Iman masa 11bulan seperti 10bulan. So aku skip lah
perkembangannya terus ke 12bulan..hihihi

Kejap je kan sudah setahun anak mama ni..
Pada 9 Mei 2013 genap usia Iman 12bulan (setahun)

Majlis?? hahah adalah buat kecil-kecilan je..
jemputan adalah sedara mara terdekat
saje buat suka2 je..






Iman sudah pandai makan sendiri menggunakan sudu tapi 
faham-faham saje la confirm tak sampai ke mulut hihihi
kalo suap pakai tangan pun meja yang sepah dengan nasi bertaburan.
ermm tak ape lah, dalam proses pembelajaran kan..

Berjalan? setahun sebulan (1thn 1bln) baru pandai berjalan tanpa sokongan
tapi memang bergayalah jalan ye.. kaki melangkah tapi tangan kat atas
maybe cara dia seimbangkan badan la tu..
Sambil berjalan mulut pulak tak reti diam..bercakap saje

Nak tau apa yang iman cakap, hahah
'tatatak' 'mamaa' 'nananak'
'hahaah' 
macam2 nada dan bunyi yang keluar kat mulut dia sambil berjalan
ini bermakna iman dah pandai berjalan sambil bercakap
good boy

Sejak pandai berjalan ni..kerja ye makin banyak la
alas meja pun tak payah la pakai..nanti semua barang atas meja ditarik ye
macam2 la aktiviti ye..susu pun kurang..nak air sarsi jer..

Bila dah semakin aktif dengan berjalan, 
maka mula la demam melanda..demam urat kot..asyik sangat berjalan
Iman demam dengan suhu badan hampir mencecah 39drjh celsius
aku confirm la risau yang amat..so papa iman pun bawak iman terus ke 
hospital columbia..sambil berjalan tu singgah la terus..
biasa ye iman g klinik Lam je kat Pontian ni.. 

Sampai je hospital, iman terus dibukak baju yer..so melalak la si kecik mama ni
nurse tu terus mandikan iman kat atas katil hospital tu..
kesian jugak mama tengokkan..tapi mama tak dapat nak bantu..
dah basah kuyup iman, nurse pun amik lagi suhu badan ye..menurun..
lepas tu masukkan ubat melalui bontot..ubat untuk turunkan suhu badan..
alhamdulillah, malam tu kat rumah badan ye pun tak panas tapi
aku bagi la ubat yang dh dibekalkan tu..esok terus baik berjalan la iman semula
kehulu kehilir meneruskan aktiviti dia tu..
demam nak pandai ekk..hihih



Anw, setakat ni je la yg dpt dikongsi.. entry ni pun dah lama draf baru la ni dapt di post kat u'll hihi selamat berpuasa kawan2 semua..

Wednesday, 27 March 2013

Yeeaaahhh sebatang gigi sudah tumbuh


Assalamualaikum 
 haiii 
 Fathul Iman sudah 10bulan 3miggu, aku sudah nampak gigi atas dia mula tumbuh skit..
 aku perasan bila dia mengasah gigi kat bahu aku ni. terasa tajam je and sakit plak tu..
 bila dibelek-belek..btul la yang gigi ye dh ada,halus je.
. Ada budak sebaya iman dah ada 2btg gigi dah. 
Tapi yela pkembgan budak kan berlainan.. 
mane bleh samakan anak orang dengan ank kita. 

 Sebenarnya, mama iman ni yang exsited lebih...
baru satu batang tumbuh dah nak kecoh kan..
xpela sukati i lah..teruja okey.. 
anyway pasni dpt la iman makan biskut keras2 ek..hihii

   
tengok tu..puting pun dah digigit ye..


 Coretan by mieza

Tuesday, 19 March 2013

9bulan dan 10bulan pekembangan sikecil


hhaii,
Assalamualaikum..

Kali ini entry kita buat 2in1 terus..iaitu Iman 9bulan dan 10bulan
Sekarang ini Fathul Iman sudah masuk 10bulan lebih.

Usia 9 Bulan
Masa ini si encem boy mama sudah boleh berdiri tegak tapi..sambil pegang perabot yang ada dekat rumah la kan. hihihi..memapah-mapah sambil tarik apa-apa yang berada di atas perabot tu.. Memang apa je yang ada atas meja ditarik.. alas meja mmg tak payah la letak..abis nanti berterabur barang..bunga tok mak mmg bertaburan la jawabnya..hahahah cucu la katakan nak marah pun tak jadi..hihihi 
Selain itu, dapat di perhatikan yang Iman masa ni suka menghisap jari, so kadang2 aku bagi puting je..puting untuk mengasah gigi dia yang belum nak tumbuh-tumbuh. Dari pembacaan aku, baby ini kalo dia menghisap jari itu merupakan satu-satunya cara dia menenangkan dirinya sendiri.Dari segi pemakanan pulak..memang berselera..apa yang diberi pasti masuk ke mulut..

Usia 10 Bulan
Sekarang ini iman sudah boleh duduk dengan yakin tanpa jatuh..tapi yang kelakar ye..cara anak mama ni duduk hihi cara duduk katak..kadang-kadang duduk bersimpuh hihihi..lawak la iman ni.. Berjalan belum lagi, masih memapah-mapah smbil pegang perabot n dinding umah..tapi ada ketikanya Iman terlupa,dia pegang barang sambil berdiri tegak tanpa sokongan. Botol susu sekarang dah boleh pegang sendiri..tengok macam Iman kuat guna tangan sebelah kiri je.. Dia pun sudah mula faham n memahami banyak perkataan dan frasa mudah..dah pandai sebut 'mama' 'papa' 'dah' 'kankan (ikan)' hihihi.. bunyi motor pun dah pandai buat.. tok ayah iman la yang rajin bawa iman naik motor pagi2. Pergi check up untuk usia 10bulan pun boleh aku terlupa, sampai misi datang cari aku kat rumah..alamak sory sangat misi ek..memang tak ingat..coz time tu kat ofis pun tengah banyak keje..keje sebutharga dah nak dikeluarkan..itu yang sampai aku terlupa nak bawa iman g klinik. So far Iman okey, berat naik, tang tinggi plak naik melampau..75cm dari 71cm..2bulan naik tinggi smpai 4cm..berat plak naik 200g je..so BMI ye menurun la..nak wat mcmne mak ayah iman pun tinggi je kn..hahahah Lepas ni..mama akan pastikan tidak akan lupa lagi check up iman utk setahun..pada bulan 5 ni..kejap je lg 2bulan genap dh iman setahun..

So, setakat ini jela yang dapat dikongsi bersama 
tentang perkembagan babyku..
sekian...





coretan by mieza..



Tuesday, 19 February 2013

Aktiviti Untuk Bayi


Assalamualailkum

Jom kita berkongsi infomation mengenai dunia si kecil
Info ni saya dapat sumber dari majalah Pa&Ma


  • Dukung, buai dan nyanyi kepada bayi - Aktiviti ini selalu la aku lakukan untuk si kecil Iman. hihi tapi buai tidak sama sekali. Iman tidak reti naik buai sebab dia tidak tidur dalam buai. Aku cuba letak jugak dalam buai tapi dia menagis..so cara nak tidurkan si kecil aku memang mudah..just bentang tilam then buat sebotol susu bagi dia minum..letak pulak bantal dekat sekeliling dia..then peluk dia..lama-lama tidur..mudahkan hihih
  • Selalu bercerita kepada mereka sepanjang hari apabila anda menukar lampin, menyusu dan memandikan bayi - Tentang bercerita ini, biasanya aku akan bercerita berkenaan dunia si kecil..apalagi yang boleh aku buat selain dari menyanyi lagu budak2 untuk Iman. Terpaksalah aku mencari lagu kanak-kanak dan hafal. hahahah Selain itu, berzikir dan berselawat pada Iman. Kalau bukak Astro Oasis yang berkenaan zikir dan selawat memang tidak berkelip-kelip mata Iman tengok tv.
  • Letakkan alat permainan berwarna terang berdekatan bayi - Permainan Iman banyak dah berlonggok hahaha. Aku ini pantang kalau pergi kedai baby. Pasti aku pergi tempat barang mainan dulu..suka sangat tengok mainan yang comel2 itu, mesti aku akan beli satu mainan baru untuk Iman.
  • Beri bayi alat permainan yang boleh dipegang, digerakkan dan menghasilkan bunyian - Mainan ini kadanf-kadang Iman tidur pun sambil pegang mainan. Comel juga kadang tengok dia tidur sambil sebelah tangan pegang botol susu, sebelah tangan lagi pegang mainan.
  • Berikan mereka mainan lembut untuk dipegang dan dirasai - Sekarang ini anak comelku dalam proses nak tumbuh gigi. Gusi dia sangat keras. Asyik nak meleleh je air liur ye. So aku belikan Iman mainan yang lembut untuk dia mengasah gusi dia yang duk gatal tu..Kalau dukung si kecil aku ni, bahu tangan mesti kena gigit dengan Iman..Itu tidak ada gigi lagi dah pandai mengigit. Kalau ada gigi luka berdarah dibuatnya.
  • Sediakan ruang yang bersih untuk bayi merangkak. Letakkan mainan yang terang di sekelilingnya supaya dia tertarik untuk berlatih bergerak ke arah mainan tersebut - Setiap ruang di dalam rumah memang kena dibersihkan..disebabkan Iman sudah pandai merangkak berdiri dan sekarang ini pandai mengutip barang. Kutip barang satu hal, lepas itu, terus masuk ke mulut..itu yang tidak leh tahan tu.. dah beberapa kali dah aku korek mulut anak aku..jumpe kertas dan plastik. Aduh memamg tidak boleh lepa.
  • Baca dengan kuat buku cerita yang mengandungi gambar-gambar yang terang. Flash card juga amat baik - Membaca, aku sudah melatih Iman membaca buku. Aku beli buku untuk Iman mengenal huruf (ABC). Alhamdulillah, aku sebut 'A' je..dia dah pandai merangkak cari buku and baca. Sebutan yang dia pandai sebut adalah 'A'. anyway, aku ada beli tikar yang ada gambar 'ABC'. Memang berguna jugalah semua tu untuk pembelajaran si kecil mengenal huruf.


Sekian, itu sahaja info yang dapat dikongsi bersama.
Jumpa lagi

coretan by mieza..

Wednesday, 6 February 2013

Fathul Iman sudah Lapan ( 8 ) bulan.


Assalamualaikum

Perkembangan anakku yang aku lihat masa dia dalam usia 8bulan ni 
sungguh memberangsangkan.. Cuma Iman diserang demam.
Orang kata demam nak beralih bulan..
Ada juga yang kata demam nak meringankan badan untuk mula berjalan.
Iman sekarang ni dah mula memapah-mapah tapi masih terhuyung hayang lagi.
Kalau didirikan dekat tepi sofa, dia dah boleh mengekalkan kedudukan berdiri
sambil menahan diri daripada terjatuh. Kekadang jatuh juga hihihi..

masa Imam demam

Selain itu, Iman dah dapat duduk dengan baik tanpa dibantu.
Merangkak pula semakin laju bergerak ke sana sini.
Dekat dalam rumah semua tempat dia lawat dan di tuju ye..
Kebersihan dan keselamatannya memang kena dijagalahkan.
Bukan apa, sekarang ini apa benda yang dia jumpa akan dicapai then terus ke mulut.
Pernah juga lah si Iman ni hampir tertelan kertas. Apalagi memang kena jolok la mulutnya..
So, aku elakkan anakku ni dari mencapai benda2 yang berbahaya.
Alas meja pun tidak guna..untuk keselamatan.

Satu lagi, Iman ni kalau dah dapat satu barang dia akan pegang, then bila dia dah bosan
dia akan jatuhkan barang tu, bila barang dah jatuh mula la dia merenggek suruh kita ambil barang yang dia dah jatuhkan tu..berulang-ulang dia akan buat macam tu..
Dari pemerhatian aku, Iman dah mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengambil sesuatu
dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat. Handphone pun dah pandai pegang
then pandai letak kat telinga..nak bercakap dengan papa heheh.

Habit Iman adalah korek telinga hihi

Sekarang ini Iman dah mula kenal orang, kalau jumpa orang yang dia tidak pernah lihat
memang tak la dia nak kat orang tu..tapi dia akan tengok orang tu lelama.. then bila dia dah selesa
baru dia akan nak la kat orang yang baru dia kenal tu.
Tentang Papa Iman, Iman kenal dengan Papa dia..walaupun papa dia balik sesekali.

See mulut ye tu asik nak menyembur je..

Anyway, Sampai sini dulu la yang dapat dikongsikan bersama u'oll.
sekian..


coretan by miza..daaa :D

Thursday, 17 January 2013

Iman Di Usia 7 Bulan


Assalamualaikum..
Haiii..cepat je masa berlalu
sebenarnya anakku Fathul Iman dah 8bln 
tapi aku nak berkongsi pkembangan si kecilku ini masa usia dia tujuh (7) bulan.

Iman masa usia tujuh bulan sudah aktif pun
pandai angkat punggung merangkak 
duduk masih bergoyang-goyang lagi..
Gusi dia memang keras dah,gigi masih tak nampak lagi la


Untuk pengetahuan, usia iman 7bln+++ (lagi 2week masuk 8bln) 
aku dah tak bagi susu badan..stop bf
sedihh jugak tapi nak buat mcmne..bukan sebab susu kering..susu ada tapi aku stop disebabkan 
nipple aku luka teruk..teruk di runtas si kecil..luka..peritnya susah nak digambarkan
so sebab itu aku tpaksa stop iman dari susu badan.
kenapa tak pam??
Pam pun dah cuba tapi susu dah bcampur darah..so xkan nak bg baby minum plak..
tpaksa buang la kan..
kulit nipple bila dipam semakin koyak..arrrgghhh sakit lagi
risau puya pasal setelah hampir 3minggu tak baik..terus ke klinik la kan..
maafkan mama iman...susu botol la ye..cayang mama 

Pemakanan iman 
Iman aku bagi makan biskut farley & bubur
Si kecilku bab makan memilih la plak kan, makanan bubur yang aku buat mmg tak nak di makan
bubur yang dlm tin mmg makan laju
coz macam2 perisa kan..ermm anak anak ermmm 
asalkan nak makan bagus lah..
Botol susu dah boleh pegang sendiri..tapi kena bantu juga,
coz tiba dia malas nak pegang mmg mama ye la kena pegang botol ye tu...

So, itulah yang dapat dikongsi dengan korang
sekian


coretan by miza..

Tuesday, 18 December 2012

Perkembangan Iman sepanjang usia 6bulan


Assalamualaikum

Anak mama Fathul Iman dah mula bagi makan solid food..
mula2 bagi dia makan biskut farley je..perisa origanal n banana..
bergilir-gilir bagi supaya iman tak muak dan bosan..yela kalo bagi satu perisa je lama2 bosan la kan..so kite kena la pandai mevariasikan makanan sikecil..
satu lagi aku bagi baby aku makan growell (makanan tambahan produk dari Dr.Azizan). Growell ni macam beras la.beras yg sudah diproses menjadi serbuk..yang suggest kat aku adalah mak aku coz mak aku kan jaga budak..so dari budak yg dia jaga la dia tau..
kira memudahkan ibu2 bkerjaya la..x perlu la nk bangun pagi2 masak bubur lenyek kasi anak..
pada pandangan aku je la kan..cara ye mudah je just buat susu n campurkan susu ngn 2 3 scop growel then bagi baby.. lunch je itu jela makanan yer.. sepnjang baby diusia 6bln la..
itulah makanan yg aku bg baby Iman.
Kalau diikutkan klinik suruh bagi bubur nasi yg buat sendiri tapi aku tak bagi lagi, 
bukan apa aku takut n bimbang baby iyak (berak) keras.
nanti cian lak kan..maklumlah usus baby kan lembut..xkn nk terus bg makanan berat..
ajar sikit2 n pelan2 dulu..



Anyway, Fathul Iman mama ni dah semakin aktif dan dah mula kenal orang sekeliling
meniarap dan maju kedepan memang laju la..lantai umah dia mop dah hahah
Apa yang dicapai semua nak masuk mulut..yang dikutip pn masuk mulut..
jenuh nak jaga tangan dia ni..asik nak mencapai jer
akurium ikan tok ayah ye pn pecah sebab iman dapat tarik kain alas meja..
Apalagi bermandi air ikan la iman..leh cenyum lak die..anak bertuah ni..buat mama geram.
Gelagat Iman lagi, dia suka menyembur..buat mulut bubleling hahahah pastu 
pandai dah takut2 kan orang buat suara grrr grrrr grrr  buat orng geli hati je...
Satu lagi apa yang orang buat dia akan ikut..kira pandai meniru apa yang dia nmpak.
Tapi Iman takut kucing hihihi..boleh menjerit kuat dia kalo nmpak kucing. Dengan patung mainan pn dia takut. Kalau dengar bunyi plastik bukan main suke lagi..
Tang tido plak, lasak yang amat..dah kepung ngn bantal pn leh ke tempat lain..satu tilam dia pusing.
Tido mmg dah tak atas katil dah..bentang tilam kat bawah je..so tak risau la kalo dia nak golek2 pn.
Ahak Iman pun dah pandai main, mana tak ye barang mainan yang aku belikan dipegang digoncang..dah bosan dibuang mainan ye..pastu pandai plak dh dijatuhkan diambil balik, pastu jatuhkan lagi pastu amik lagi..
hah itu la keje dia..

Itulah perkembangan n pembelajaran Fathul Iman sepanjang usia 6bulan hihi
( ' V " )

daaaa



coretan by miza

Monday, 28 May 2012

Buah Hatiku...


Assalamualaikum
 Hai...ermmm tak tau nak update apa sebenar ye..
tapi bila tak buka blog macam2 yang dipikir nk dikongsi bersama 
bila dah buka jer terus blank tak tau nak tulis apa
bukan apa, bila bukak blog terus baca blog2 orang lain dulu
then dh abis baca blog orang, terus bukak facebook
pastu terus lupa nak update apa
hahaha

So, sebab dh lama x update, 
nak kongsi la ngn u all kegembiraan aku dan suami
kami telah dianugerahkan seorang cahaya mata yang cute n bijak 
Alhamdulillah, berkat kesabaran segala yer dipermudahkan 
Moga kehadiran baby, rezeki keluarga diperluaskan
Moga juga rezeki suami dapt bertukar penempatan tempat 
bertugas kat Negeri Johor ni di permudahkan olehNya  
Amin




 

AHMAD FATHUL IMAN BIN ANUAR REDZUAN 
coretan by mieza..