Permulaan Hidup Kami

Permulaan Hidup Kami
OuR LiFe

Tuesday 19 February 2013

Aktiviti Untuk Bayi


Assalamualailkum

Jom kita berkongsi infomation mengenai dunia si kecil
Info ni saya dapat sumber dari majalah Pa&Ma


  • Dukung, buai dan nyanyi kepada bayi - Aktiviti ini selalu la aku lakukan untuk si kecil Iman. hihi tapi buai tidak sama sekali. Iman tidak reti naik buai sebab dia tidak tidur dalam buai. Aku cuba letak jugak dalam buai tapi dia menagis..so cara nak tidurkan si kecil aku memang mudah..just bentang tilam then buat sebotol susu bagi dia minum..letak pulak bantal dekat sekeliling dia..then peluk dia..lama-lama tidur..mudahkan hihih
  • Selalu bercerita kepada mereka sepanjang hari apabila anda menukar lampin, menyusu dan memandikan bayi - Tentang bercerita ini, biasanya aku akan bercerita berkenaan dunia si kecil..apalagi yang boleh aku buat selain dari menyanyi lagu budak2 untuk Iman. Terpaksalah aku mencari lagu kanak-kanak dan hafal. hahahah Selain itu, berzikir dan berselawat pada Iman. Kalau bukak Astro Oasis yang berkenaan zikir dan selawat memang tidak berkelip-kelip mata Iman tengok tv.
  • Letakkan alat permainan berwarna terang berdekatan bayi - Permainan Iman banyak dah berlonggok hahaha. Aku ini pantang kalau pergi kedai baby. Pasti aku pergi tempat barang mainan dulu..suka sangat tengok mainan yang comel2 itu, mesti aku akan beli satu mainan baru untuk Iman.
  • Beri bayi alat permainan yang boleh dipegang, digerakkan dan menghasilkan bunyian - Mainan ini kadanf-kadang Iman tidur pun sambil pegang mainan. Comel juga kadang tengok dia tidur sambil sebelah tangan pegang botol susu, sebelah tangan lagi pegang mainan.
  • Berikan mereka mainan lembut untuk dipegang dan dirasai - Sekarang ini anak comelku dalam proses nak tumbuh gigi. Gusi dia sangat keras. Asyik nak meleleh je air liur ye. So aku belikan Iman mainan yang lembut untuk dia mengasah gusi dia yang duk gatal tu..Kalau dukung si kecil aku ni, bahu tangan mesti kena gigit dengan Iman..Itu tidak ada gigi lagi dah pandai mengigit. Kalau ada gigi luka berdarah dibuatnya.
  • Sediakan ruang yang bersih untuk bayi merangkak. Letakkan mainan yang terang di sekelilingnya supaya dia tertarik untuk berlatih bergerak ke arah mainan tersebut - Setiap ruang di dalam rumah memang kena dibersihkan..disebabkan Iman sudah pandai merangkak berdiri dan sekarang ini pandai mengutip barang. Kutip barang satu hal, lepas itu, terus masuk ke mulut..itu yang tidak leh tahan tu.. dah beberapa kali dah aku korek mulut anak aku..jumpe kertas dan plastik. Aduh memamg tidak boleh lepa.
  • Baca dengan kuat buku cerita yang mengandungi gambar-gambar yang terang. Flash card juga amat baik - Membaca, aku sudah melatih Iman membaca buku. Aku beli buku untuk Iman mengenal huruf (ABC). Alhamdulillah, aku sebut 'A' je..dia dah pandai merangkak cari buku and baca. Sebutan yang dia pandai sebut adalah 'A'. anyway, aku ada beli tikar yang ada gambar 'ABC'. Memang berguna jugalah semua tu untuk pembelajaran si kecil mengenal huruf.


Sekian, itu sahaja info yang dapat dikongsi bersama.
Jumpa lagi

coretan by mieza..

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. hihihih itu la kan...syok jd baby ni hihi

    ReplyDelete
  3. alamk,mcmne leh terremoved lak komen cik siti ni..sory sya budk br blaja berblog hihihi

    ReplyDelete