Permulaan Hidup Kami

Permulaan Hidup Kami
OuR LiFe

Saturday 21 December 2013

Senarai kerja nak kena buat utk thn 2013 ni..

Assalamualaikum Hai... nak kongsi ngn u'll berkenaan keje yang perlu aku buat untuk akhir thn 2013 ni... Kena buat secepat n sesempat mungkin before my due date bersalin.. 25hb jan 2014. Kalo boleh thn ni kena siapkan..moga dpt jalankan tugas dgn lancar walaupun dah sarat.. Senarai keje ku.. (",) ISO - program tahunan 2013 - aduan pelangan - carta pai / histogram - program kerja 2014 - pintu air bulanan SKT - untuk 10 pkrja Sebutharga - gali parit (3) - sub-culvert (1) - CSK sg.ayr baloi (1) - mninggikan benteng (1) L.O JKKK - 8org paknaib utk 1 pusingan. Okey tu je nak kongsi... Byk kan...xtau la dan or tak dan xtau la... Byeee... Coretan by mieza..

Friday 29 November 2013

Rezeki anak-anak


                  Assalamualaikum
                           Haiii

       Bercerita tentang rezeki ni memang meluas. Tapi aku just nak bcerita tentang my rezeki jek..hihi

      So far setakat ini Alhamdulillah untuk aku skeluarga.. rezeki tahun 2013 ni..aku di sahkan preggy lagi
.. rezeki anak-anak..suami pulak dapat bpindah duduk dekat ngn aku n iman. Setelah hampir 3thn PJJ (Prkahwinan Jarak Jauh) demi tugas..

      Baru2 ni plak dapat berita gembira, dapt naik gred so syukur sangat.. bukan aku je tapi dengan suami skali dapt naik pangkat sesama..hihihu.. tahniah la untuk diri sndiri dan kawan2 seangkatan..

      Baru2 ni ada la buat bisnes kecil-kecilan..yang semua sedia maklum kat post sebelum ni aku buat iklan jualan jam berjenama. Harga sangat berpatutan..  marilah beramai-ramai datang terjah di facebook JAM TANGAN & PERHIASAN MURAH. https://m.facebook.com/profile.php?id=418629691599507
Jom LIKE page tanda sokongan anda..

      Sekian saja la coretan untuk kali ini...

By Mieza...

Monday 18 November 2013

Untuk peminat Jam Tangan


Assalamualaikum

Haii kawan2 & hai untuk para peminat jam tangan..

Mari2 jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga jam tangan yang berjenama dengan harga yang sangat berpatutan.

Jom liked page facebook kami

Taip & search Jam tangan & perhiasan murah

Di sini saya sediakan sebahagian gambar untuk tatapan anda semua.
Mari jangan ketinggalan..

Boleh di pakai untuk kegunaan sendiri ataupun untuk hadiah..

Monday 11 November 2013

Jam tangan berjenama utk dijual


Assalamualaikum

Kepada semua peminat jam berjenama, disini saya ada menjual jam tangan berjenama yang sangat berpatutan..

Sila pm saya jika berminat..

Monday 4 November 2013

Wahhh sudah 7bulan


Assalamualaikum

Haiiii kawan2 sekalian..

Wahhh tkejut tak dengan tajuk di atas... tuan badan pun tak sangka, senyap2 dah 7 bulan baby dalam tummy mama ni... ramai jugak kawan2 yang tak tahu tentang kandungan ke-2 aku ni... suprise hihi..

Sudah genap 7bulan baru nak bagitahu kawan2 ek.. hihi hanya kawan2 keje dan terdekat je yg tau.. perut dah memboyot mane leh nak sorok kan..

Anak sulung, Fathul Iman pun dah bijak dan aktif.. dah nak masuk 1thn 6bln sudah.. perkembagan dia sangat mengujakan.. macam2 dah pandai..bcakap pun byk..gigi pun 8batang tumbuh..

Anyway, skang ni dah bolehla untuk aku membuat psiapan.. untuk baby dlm tummy ni..baju nk bli skit2 je..sebb baju iman dlu leh pakai.. then nak bli brg2 aku pulak..set bsalin kalo dlu aku hanya guna tradisional..tp rasa ye kali ni nk try guna set bsalin moden plk.

Okla, byk plak membebel..
Cukup la coretan k

By mieza..

Friday 1 November 2013

Projek terbaek yang tergendala


Assalamualaikum

Haiii

Projek yang aku jalankan tergendala lagi... aduyai tak tahu la bila nak siap..

Ohhh semangat... datang la kembali padaku...hihihi... dapat je siap projek2 shwal buatan hasil tanganku ni..lega rasa ye ermmm..

Kain shwal semua dh siap potong, tiba nak menjahit tu la yang lemah...
Mane tak ye. Aku ni tak terror menjahit so before jahit kena la jahit jelujur dulu supaya tegak jahitan ye nti.. klo main terjah jahit maka simpang siur la jadi ye..

Akan ku usahakan juga shingga berjaya..

Nti bila dah siap aku kongsikn kat u'll hihi

Byee

Coretan by mieza

Monday 14 October 2013

DoA & AmaLan IbU HaMiL


Assalamualaikum

Haiii semua,

Hari ini miza nak kongsikan kat anda semua 
berkenaan amalan ketika mengandung..
ini hanya amalan doa untuk ibu hamil.

Miza pun cuba untuk mengamalkannya..
kalau tidak dapat baca hari2, 
baca seminggu sekali pun boleh untuk amalan..


Jika boleh kita buat la bacaan selepas menunaikan solat fardu
Bacaan doa di atas ni baru je miza search..
before ni masa mengandungkan anak sulung dulu miza 
just amalkan baca Al-Quran sahaja.

Surah yang miza amalkan adalah
- surah yusuf
- surah yunus
- surah maryam
- surah luqman

Inilah yang selalu miza amalkan..
Masuk mengandung anak ke-2 ni,
masih jugak mengamalkannya tapi tidaklah masa mcm mengandungkan Iman dulu..
dulu hari2 9bulan membaca Quran..
sekarang pun masih jugak amalkan cuma tidak dapat nak baca hari2
tapi seminggu sekali tetap baca...curi masa..
bukan apa, si kecik Iman dah makin bijak sekarang
Encik suami pun dah dapat tukar ke sisi diri ini kan..
kalau dulu sorang2 je..suami pun jauh...masa pun banyak yang terluang
sekarang tanggungjawab nak melayan dua hero dengan kerenah masing2 
nasib baik masih duduk dekat rumah emak, 
thanks mak coz banyak sangatt menbantu..

So, kepada kawan2 semua marilah kita sama2
mengamalkan doa2 ini..untuk ingatan diri miza gak ni...
Doakan miza ye..semoga di permudahkan segalanya
diberi kesihatan yang baik sepanjang hamil ni dan 
dikurniakan anak2 yang soleh & solehah
Aminn..


Sekian, daaa


Coretan dari mieza....



Friday 27 September 2013

Hobi terbaru

 
  Assalamualaikum
  Haiii kengkawan..

      Projek khas miza untuk kali ni... haha gelak dulu baru cerita... merupakan hobi tkini yang tetiba je berminat.. Mesti korang nak tahu kan...jeng jeng jeng... hobi tkini aku adalah membuat tudung sendiri..
Korang pecaya tak!! Wahhh aku sendiri mcm tak pecaya tapi itu lah hobi tkini aku..korang harus mempercayai yee..

       Semestinya korang tpikir apalah tudung yg aku buat ni...kaaannnn... antara tudung yang aku dah buat ialah shawl, syiria & halfmoon.. ni semua aku buat suke suke je...utk diri sendiri.. nak bagi korang tgk, tp maaflah tak amik gmbo lagi hihihi...nanti ada gambo aku share kat korang.. hobi ni hanya berjalan pada hari cuti je, sabtu n ahad.. tu pun kena tgu si encem boy tido dulu... dia tdo baru aku jalankan projek aku tuu..

     Alhamdulillah, encik husband tak mlarang..dia layankan je minat baru aku ni..asal tak myusahkan dia dah cukup memadai la kan hihi.. ok, nanti aku kongsikn hobi aku ni kat korang k..

Daaaa coretan dariku mieza : )

Thursday 19 September 2013

Ubat Penenang bila stress..


Assalamualaikum & haiiii

Kebanyakan manusia akan mengalami stress..huhuhu...

Ubat stress aku adalah my hero encemku, tidak lain tidak bukan sape lagi Fathul Iman.. hihi sekarang umur ye dah 1tahun 4bulan (16bulan). Semakin banyak belajar dan bijak.. meragam, manja, berani, kadang tu kememey hihi..dah pandai meminta..

Wajah encem boy mama la yang membuatkan mood n stress hilang sbentar..tengok keletah dan gelagat sikecik ni...

Oklah, malas nak bebel panjang..so meh la layan pic budak comel, encem boy ni... mama syg iman ketat2 muuaaahhh

Nukilan by mieza..

Monday 9 September 2013

Muhasabah Diri

                         Assalamualaikum
                             Haiii...

          Sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan.. kadang kala kita lupa untuk mengawal emosi dan perbuatan..
           Pabila emosi menguasai diri..tingkah laku akan berubah, pemikiran juga berubah. Berubah menjadi sikap negatif (-ve).. yang menerawang difikiran adalah semua perkara buruk yang -ve. Tiada sekumit perasaan belas yang terbit dihati..cuma dendam.
           Duhai hati, bersabarlah..sesungguhnya dengan bersabar dapat membuat diri berfikir sejenak.. berfikir dan memuhasabah diri.. berfikir mengenai pekara yang positif (+ve). Fikirkan kebaikan yang telah dicurahkan. Andai itu yang mampu dilakukan untuk mengubati hati sendiri. Pujuk diri sendiri dengan membuang segala kburukan yang difikirkan..
            Muhasabah diri untuk menjadi yang terbaik walau tidak dapat menjadi yang sempurna. Biarkan kata-kata tajam yang tidak sedap di dengar mencemuh diri, andai itu takdirnya. Kuatkan hati menempuh dugaan yang mendatang samada kecil mahupun besar. Semoga ditabahkan hati serta dikuatkan iman.

Sekian luahan hati dariku mieza.

Friday 16 August 2013

Cerita Raya 2013


Assalamualaikum
Haii kawan2

Selamat Hari Raya Aidilfitri
maaflah sudah seminggu beraya baru aku nak wish kat dalam blog ni..
hahahahhaha
 Ceciter raya aku tahun 2013 nie meriah la jugak
sebab yer 1st dan 2nd raya kami beraya dekat Johor dulu
hihihi aku mmg syok la, yela Johor dulu k
sepatutnya giliran kampung suami kat perak tahun ni..
tapi memandangkan keluarga belah suami ada yang buat kerja kawin raya ke empat.
Makanya, perbincangan dijalankan so twist la kan 
raya Jhr 1st & 2nd
raya Prk 3rd & raya ke empat

Mehhh cuci mata tengok gambo raya kami..

 Iman dah 1thn 3bln dh..tgk la thn ni iman pakai baju melayu

 Mama & Papa iman bergambo berdua sebab iman dah berlari 
tak terkejar dah..

 Ni my cousin kak Tuty

 atas ni semua sepupu cuma yg 2 dr kiri tu adalah mak aku..



Ini semua adalah gambo masa raya pertama
gambo raya seterusnya xde..x berkesempatan nk snap 
hihihi

okla u'll
sini jela coretan dariku

by mieza..:D


Sunday 7 July 2013

12 bulan sudah Fathul Iman


Assalamualaikumm and Haiii

Perkembangan Iman masa 11bulan seperti 10bulan. So aku skip lah
perkembangannya terus ke 12bulan..hihihi

Kejap je kan sudah setahun anak mama ni..
Pada 9 Mei 2013 genap usia Iman 12bulan (setahun)

Majlis?? hahah adalah buat kecil-kecilan je..
jemputan adalah sedara mara terdekat
saje buat suka2 je..






Iman sudah pandai makan sendiri menggunakan sudu tapi 
faham-faham saje la confirm tak sampai ke mulut hihihi
kalo suap pakai tangan pun meja yang sepah dengan nasi bertaburan.
ermm tak ape lah, dalam proses pembelajaran kan..

Berjalan? setahun sebulan (1thn 1bln) baru pandai berjalan tanpa sokongan
tapi memang bergayalah jalan ye.. kaki melangkah tapi tangan kat atas
maybe cara dia seimbangkan badan la tu..
Sambil berjalan mulut pulak tak reti diam..bercakap saje

Nak tau apa yang iman cakap, hahah
'tatatak' 'mamaa' 'nananak'
'hahaah' 
macam2 nada dan bunyi yang keluar kat mulut dia sambil berjalan
ini bermakna iman dah pandai berjalan sambil bercakap
good boy

Sejak pandai berjalan ni..kerja ye makin banyak la
alas meja pun tak payah la pakai..nanti semua barang atas meja ditarik ye
macam2 la aktiviti ye..susu pun kurang..nak air sarsi jer..

Bila dah semakin aktif dengan berjalan, 
maka mula la demam melanda..demam urat kot..asyik sangat berjalan
Iman demam dengan suhu badan hampir mencecah 39drjh celsius
aku confirm la risau yang amat..so papa iman pun bawak iman terus ke 
hospital columbia..sambil berjalan tu singgah la terus..
biasa ye iman g klinik Lam je kat Pontian ni.. 

Sampai je hospital, iman terus dibukak baju yer..so melalak la si kecik mama ni
nurse tu terus mandikan iman kat atas katil hospital tu..
kesian jugak mama tengokkan..tapi mama tak dapat nak bantu..
dah basah kuyup iman, nurse pun amik lagi suhu badan ye..menurun..
lepas tu masukkan ubat melalui bontot..ubat untuk turunkan suhu badan..
alhamdulillah, malam tu kat rumah badan ye pun tak panas tapi
aku bagi la ubat yang dh dibekalkan tu..esok terus baik berjalan la iman semula
kehulu kehilir meneruskan aktiviti dia tu..
demam nak pandai ekk..hihih



Anw, setakat ni je la yg dpt dikongsi.. entry ni pun dah lama draf baru la ni dapt di post kat u'll hihi selamat berpuasa kawan2 semua..

Wednesday 8 May 2013

ISO ohhh ISO


Assalamualaikum kwn2

Kerja di pejabat semakin mencabar... mencabar emosiku yang tidak tahu menahu mengenai ISO.. arrrggghhh xtau nak luah kat sape...tp bila kat ofis duk depan kwn2 control perasaan..cz masing2 mgalami keadaan yg sama ktika dulu.. sibbek ada kwn yg baik hati membantu..dan sama2 belajar dan sudi tunjuk ajar.. pd  yg xnk bntu n gelakkn..terima kasih kerna dpt menambah lg semangat aku untuk terus beljar... biasalah manusia rambut sama itam hati lain2..cool miza ok...:) sejukkn ati sendiri..ermmm

Anw selamat mlm
Daaa

Luahan hati miza.. :)

Tuesday 30 April 2013

Rutin harianku (isnin-jumaat)


Assalamualaikum and haiiii

Inilah rutin yang selalu aku jalani pada setiap hari bekerja..
Sangat bersyukur kerna family byk membantu..mak ayah n adik byk menolog..tolong jaga si encem ku Iman..

6.00Pg - bgn pg, buat sarapn
6.30 - cyg g keje
7.45 - grk g keje
5.30Ptg - mandi ngn fathul
6.00 - tgu papa blik kerja
7.00Mlm - fathul iman makan 7.30Mlm - solat mgrib
8.00 - mkn mlm
9.00 - tidurkn fathul
10.00 - tidur...zzzZZZ

Di atas adalah sebahagian yg dpt dikongsi secara ringkas..anyway ada tak yang sama ngn ibu2 diluar sana hihihi. Kadang2 ada gak miss aktiviti di atas..contoh ye time mandikan iman..kadang tu papa iman yg mandikan..
Ermm itu jela yg nk di ceritakan..
Sekian

Coretan by mieza...

Tuesday 16 April 2013

Mencari sahabat

Assalamualaikum and Haii

Tajuk di atas membawa maksud yg mendalam and memberi seribu pertanyaan bukan..hihi

Aku benar2 ingin mcari sahabat yang boleh menjadi pendengar setia utk aku bcerita n meluahkn rasa..sahabat yg dpt meyimpan rahsia..rahsia peribadi..tanpa memberitahu kpd org lain..(sesiapa pn dia x gtau hanya dia sje)

Walaubagaimanapun, selagi dpt ku pendam..akn ku ptahanankn..cewah pndai aku brmadah..

Anyway, kpd sahabat2 ku sekalian.. aku sayang prsahabatn yg tjalin antara kita..moga psahabatn kita kekal slamanya. :)

Coretan by mieza

Friday 5 April 2013

Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah


Assalamualaikum
haiii kpd yg sudi membaca my entry yang entah pape ni..:)

My entry kali ni..mcm tajuk yang kat atas tu la kan
Syukur ke hadrat iilahi kerana Allah telah permudahkan jalan kami skeluarga untuk hidup bersama-sama setelah hampir 3tahun duduk berasingan..
Berasingan disebabkan kerjaya dan kerja sorang di utara sorang lagi di selatan.

Alhamdulilah terima kasih Ya Allah
Berkat usaha membuat permohonan pertukaran encik suami
akhir ye permohonan kali ke-4 berjaya.

3 kali mohon under Kem.Pelajaran asik tidak berjaya
sebab tiada kekosongan tempat dan tiada pengganti.
So cari punya cari mengunakan khidmat tukar suka sama suka
dalam masa sebulan terus dapat surat berjaya untuk bertukar.
Menggunakan Kem.Kerja Raya.

SUKA, mestilah..
tipu kalo kata x suka
Fathul Iman pun lagi la suka tau
Papa dia balik je, dah terjenguk dia kat depan pintu
senyum lebar..
tidur pun sekarang dah bertiga, dulu iman tido ngn mama je
sekarang kiri kanan ada..papa mama
yahooo

Kenduri kesyukuran aku buat sempena pertukaran encik aku tu..
ala buat alakadar je kat ofis..hari jumaat biasa ye kat ofis ada
progam membudayakan Al-Quran so pastu makan2
so dah alang-alang memang dah niat nak sponsor makan skali la kan..
tak lupa jugak aku nak ucap terima kasih la atas ucapan tahniah kwn2 ofisku..
terima kasih jugak atas doa kalian..


sekian, coretan dariku Mieza..


Wednesday 27 March 2013

Yeeaaahhh sebatang gigi sudah tumbuh


Assalamualaikum 
 haiii 
 Fathul Iman sudah 10bulan 3miggu, aku sudah nampak gigi atas dia mula tumbuh skit..
 aku perasan bila dia mengasah gigi kat bahu aku ni. terasa tajam je and sakit plak tu..
 bila dibelek-belek..btul la yang gigi ye dh ada,halus je.
. Ada budak sebaya iman dah ada 2btg gigi dah. 
Tapi yela pkembgan budak kan berlainan.. 
mane bleh samakan anak orang dengan ank kita. 

 Sebenarnya, mama iman ni yang exsited lebih...
baru satu batang tumbuh dah nak kecoh kan..
xpela sukati i lah..teruja okey.. 
anyway pasni dpt la iman makan biskut keras2 ek..hihii

   
tengok tu..puting pun dah digigit ye..


 Coretan by mieza

Tuesday 19 March 2013

9bulan dan 10bulan pekembangan sikecil


hhaii,
Assalamualaikum..

Kali ini entry kita buat 2in1 terus..iaitu Iman 9bulan dan 10bulan
Sekarang ini Fathul Iman sudah masuk 10bulan lebih.

Usia 9 Bulan
Masa ini si encem boy mama sudah boleh berdiri tegak tapi..sambil pegang perabot yang ada dekat rumah la kan. hihihi..memapah-mapah sambil tarik apa-apa yang berada di atas perabot tu.. Memang apa je yang ada atas meja ditarik.. alas meja mmg tak payah la letak..abis nanti berterabur barang..bunga tok mak mmg bertaburan la jawabnya..hahahah cucu la katakan nak marah pun tak jadi..hihihi 
Selain itu, dapat di perhatikan yang Iman masa ni suka menghisap jari, so kadang2 aku bagi puting je..puting untuk mengasah gigi dia yang belum nak tumbuh-tumbuh. Dari pembacaan aku, baby ini kalo dia menghisap jari itu merupakan satu-satunya cara dia menenangkan dirinya sendiri.Dari segi pemakanan pulak..memang berselera..apa yang diberi pasti masuk ke mulut..

Usia 10 Bulan
Sekarang ini iman sudah boleh duduk dengan yakin tanpa jatuh..tapi yang kelakar ye..cara anak mama ni duduk hihi cara duduk katak..kadang-kadang duduk bersimpuh hihihi..lawak la iman ni.. Berjalan belum lagi, masih memapah-mapah smbil pegang perabot n dinding umah..tapi ada ketikanya Iman terlupa,dia pegang barang sambil berdiri tegak tanpa sokongan. Botol susu sekarang dah boleh pegang sendiri..tengok macam Iman kuat guna tangan sebelah kiri je.. Dia pun sudah mula faham n memahami banyak perkataan dan frasa mudah..dah pandai sebut 'mama' 'papa' 'dah' 'kankan (ikan)' hihihi.. bunyi motor pun dah pandai buat.. tok ayah iman la yang rajin bawa iman naik motor pagi2. Pergi check up untuk usia 10bulan pun boleh aku terlupa, sampai misi datang cari aku kat rumah..alamak sory sangat misi ek..memang tak ingat..coz time tu kat ofis pun tengah banyak keje..keje sebutharga dah nak dikeluarkan..itu yang sampai aku terlupa nak bawa iman g klinik. So far Iman okey, berat naik, tang tinggi plak naik melampau..75cm dari 71cm..2bulan naik tinggi smpai 4cm..berat plak naik 200g je..so BMI ye menurun la..nak wat mcmne mak ayah iman pun tinggi je kn..hahahah Lepas ni..mama akan pastikan tidak akan lupa lagi check up iman utk setahun..pada bulan 5 ni..kejap je lg 2bulan genap dh iman setahun..

So, setakat ini jela yang dapat dikongsi bersama 
tentang perkembagan babyku..
sekian...





coretan by mieza..



Tuesday 19 February 2013

Aktiviti Untuk Bayi


Assalamualailkum

Jom kita berkongsi infomation mengenai dunia si kecil
Info ni saya dapat sumber dari majalah Pa&Ma


  • Dukung, buai dan nyanyi kepada bayi - Aktiviti ini selalu la aku lakukan untuk si kecil Iman. hihi tapi buai tidak sama sekali. Iman tidak reti naik buai sebab dia tidak tidur dalam buai. Aku cuba letak jugak dalam buai tapi dia menagis..so cara nak tidurkan si kecil aku memang mudah..just bentang tilam then buat sebotol susu bagi dia minum..letak pulak bantal dekat sekeliling dia..then peluk dia..lama-lama tidur..mudahkan hihih
  • Selalu bercerita kepada mereka sepanjang hari apabila anda menukar lampin, menyusu dan memandikan bayi - Tentang bercerita ini, biasanya aku akan bercerita berkenaan dunia si kecil..apalagi yang boleh aku buat selain dari menyanyi lagu budak2 untuk Iman. Terpaksalah aku mencari lagu kanak-kanak dan hafal. hahahah Selain itu, berzikir dan berselawat pada Iman. Kalau bukak Astro Oasis yang berkenaan zikir dan selawat memang tidak berkelip-kelip mata Iman tengok tv.
  • Letakkan alat permainan berwarna terang berdekatan bayi - Permainan Iman banyak dah berlonggok hahaha. Aku ini pantang kalau pergi kedai baby. Pasti aku pergi tempat barang mainan dulu..suka sangat tengok mainan yang comel2 itu, mesti aku akan beli satu mainan baru untuk Iman.
  • Beri bayi alat permainan yang boleh dipegang, digerakkan dan menghasilkan bunyian - Mainan ini kadanf-kadang Iman tidur pun sambil pegang mainan. Comel juga kadang tengok dia tidur sambil sebelah tangan pegang botol susu, sebelah tangan lagi pegang mainan.
  • Berikan mereka mainan lembut untuk dipegang dan dirasai - Sekarang ini anak comelku dalam proses nak tumbuh gigi. Gusi dia sangat keras. Asyik nak meleleh je air liur ye. So aku belikan Iman mainan yang lembut untuk dia mengasah gusi dia yang duk gatal tu..Kalau dukung si kecil aku ni, bahu tangan mesti kena gigit dengan Iman..Itu tidak ada gigi lagi dah pandai mengigit. Kalau ada gigi luka berdarah dibuatnya.
  • Sediakan ruang yang bersih untuk bayi merangkak. Letakkan mainan yang terang di sekelilingnya supaya dia tertarik untuk berlatih bergerak ke arah mainan tersebut - Setiap ruang di dalam rumah memang kena dibersihkan..disebabkan Iman sudah pandai merangkak berdiri dan sekarang ini pandai mengutip barang. Kutip barang satu hal, lepas itu, terus masuk ke mulut..itu yang tidak leh tahan tu.. dah beberapa kali dah aku korek mulut anak aku..jumpe kertas dan plastik. Aduh memamg tidak boleh lepa.
  • Baca dengan kuat buku cerita yang mengandungi gambar-gambar yang terang. Flash card juga amat baik - Membaca, aku sudah melatih Iman membaca buku. Aku beli buku untuk Iman mengenal huruf (ABC). Alhamdulillah, aku sebut 'A' je..dia dah pandai merangkak cari buku and baca. Sebutan yang dia pandai sebut adalah 'A'. anyway, aku ada beli tikar yang ada gambar 'ABC'. Memang berguna jugalah semua tu untuk pembelajaran si kecil mengenal huruf.


Sekian, itu sahaja info yang dapat dikongsi bersama.
Jumpa lagi

coretan by mieza..

Wednesday 6 February 2013

Fathul Iman sudah Lapan ( 8 ) bulan.


Assalamualaikum

Perkembangan anakku yang aku lihat masa dia dalam usia 8bulan ni 
sungguh memberangsangkan.. Cuma Iman diserang demam.
Orang kata demam nak beralih bulan..
Ada juga yang kata demam nak meringankan badan untuk mula berjalan.
Iman sekarang ni dah mula memapah-mapah tapi masih terhuyung hayang lagi.
Kalau didirikan dekat tepi sofa, dia dah boleh mengekalkan kedudukan berdiri
sambil menahan diri daripada terjatuh. Kekadang jatuh juga hihihi..

masa Imam demam

Selain itu, Iman dah dapat duduk dengan baik tanpa dibantu.
Merangkak pula semakin laju bergerak ke sana sini.
Dekat dalam rumah semua tempat dia lawat dan di tuju ye..
Kebersihan dan keselamatannya memang kena dijagalahkan.
Bukan apa, sekarang ini apa benda yang dia jumpa akan dicapai then terus ke mulut.
Pernah juga lah si Iman ni hampir tertelan kertas. Apalagi memang kena jolok la mulutnya..
So, aku elakkan anakku ni dari mencapai benda2 yang berbahaya.
Alas meja pun tidak guna..untuk keselamatan.

Satu lagi, Iman ni kalau dah dapat satu barang dia akan pegang, then bila dia dah bosan
dia akan jatuhkan barang tu, bila barang dah jatuh mula la dia merenggek suruh kita ambil barang yang dia dah jatuhkan tu..berulang-ulang dia akan buat macam tu..
Dari pemerhatian aku, Iman dah mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengambil sesuatu
dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat. Handphone pun dah pandai pegang
then pandai letak kat telinga..nak bercakap dengan papa heheh.

Habit Iman adalah korek telinga hihi

Sekarang ini Iman dah mula kenal orang, kalau jumpa orang yang dia tidak pernah lihat
memang tak la dia nak kat orang tu..tapi dia akan tengok orang tu lelama.. then bila dia dah selesa
baru dia akan nak la kat orang yang baru dia kenal tu.
Tentang Papa Iman, Iman kenal dengan Papa dia..walaupun papa dia balik sesekali.

See mulut ye tu asik nak menyembur je..

Anyway, Sampai sini dulu la yang dapat dikongsikan bersama u'oll.
sekian..


coretan by miza..daaa :D

Thursday 17 January 2013

Iman Di Usia 7 Bulan


Assalamualaikum..
Haiii..cepat je masa berlalu
sebenarnya anakku Fathul Iman dah 8bln 
tapi aku nak berkongsi pkembangan si kecilku ini masa usia dia tujuh (7) bulan.

Iman masa usia tujuh bulan sudah aktif pun
pandai angkat punggung merangkak 
duduk masih bergoyang-goyang lagi..
Gusi dia memang keras dah,gigi masih tak nampak lagi la


Untuk pengetahuan, usia iman 7bln+++ (lagi 2week masuk 8bln) 
aku dah tak bagi susu badan..stop bf
sedihh jugak tapi nak buat mcmne..bukan sebab susu kering..susu ada tapi aku stop disebabkan 
nipple aku luka teruk..teruk di runtas si kecil..luka..peritnya susah nak digambarkan
so sebab itu aku tpaksa stop iman dari susu badan.
kenapa tak pam??
Pam pun dah cuba tapi susu dah bcampur darah..so xkan nak bg baby minum plak..
tpaksa buang la kan..
kulit nipple bila dipam semakin koyak..arrrgghhh sakit lagi
risau puya pasal setelah hampir 3minggu tak baik..terus ke klinik la kan..
maafkan mama iman...susu botol la ye..cayang mama 

Pemakanan iman 
Iman aku bagi makan biskut farley & bubur
Si kecilku bab makan memilih la plak kan, makanan bubur yang aku buat mmg tak nak di makan
bubur yang dlm tin mmg makan laju
coz macam2 perisa kan..ermm anak anak ermmm 
asalkan nak makan bagus lah..
Botol susu dah boleh pegang sendiri..tapi kena bantu juga,
coz tiba dia malas nak pegang mmg mama ye la kena pegang botol ye tu...

So, itulah yang dapat dikongsi dengan korang
sekian


coretan by miza..

Saturday 12 January 2013

BeRSabARLah WaHAi HaTi







by miza..

..( ' v' )




YA ALLAH

Jika satu saat aku KEHILANGAN harapan dan tujuanku

Berikan aku KEYAKINAN bahawa TAKDIRMU adalah

LEBIH BAIK dari apa yang aku inginkan dan impikan

KAU DAMAIKANLAH hatiku untuk menerima TAKDIRMU

Kerana aku YAKIN dan PERCAYA

Perancangan MU adalah yang TERBAIK dan 

TERINDAH

Untuk diriku...





by miza...

Monday 7 January 2013

SabaR iTu InDaH....



Perempuan kekuatannya adalah
KESABARAN

Jika kesabarannya 
HILANG

Dia pasti akan
MARAH

Dan kalau marah dia 
DIPENDAM

Pasti dia akan
MENANGIS





by miza..