Permulaan Hidup Kami

Permulaan Hidup Kami
OuR LiFe

Friday, 23 September 2011

"JIKA KAMU BOLEH HIDUP, KAMU HARUS INGAT BAHAWA IBU SAYANG KAMU"

Aku ingin menceritakan Sebuah kisah benar yang telah berlaku di bumi China semasa berlakunya gempa bumi di sana... Mungkin ada yang telah pernah membaca pasal ni, n aku pun dah try blogwalking pasal ni n jumpa kat mcm2 blog dah n kat FB pun ada..
Selepas gempa bumi di bumi China itu reda, penyelamat telah tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, dan mereka telah melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah.

Namun mayat tersebut kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Dan sebenarnya, Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
 
Para penyelamat telah berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan mayat tersebut dan ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia. Para penyelamat terpaksa meninggalkan rumah tersebut kerana mereka lebih mengutamakan mangsa yang masih hidup.

Namun dengan takdir Allah,ketua pasukan penyelamat tersebut terdorong untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu dan memeriksa keadaan sekelilingnya. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "


Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati untuk memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Akhirnya kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya itu dapat diselamatkan. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. 


Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

Moga menjadi panduan untuk kita dan semestinya pesanan ini untuk sayangku Norhamizah Bt Ahmad yang kelak akan bergelar ibu. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment