Permulaan Hidup Kami

Permulaan Hidup Kami
OuR LiFe

Thursday, 29 September 2011

HUJUNG THN NI KOT..

Jamu-jamu lah matanya ye...
Proton-P3-21A-1


Proton-Exora-Turbo-11


9/10 PUNCA REZEKI ADALAH DALAM PERNIAGAAN ( ULASAN DARI HADITH )


Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan. Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum - , kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata. Memang ada hadith yang sahih dan popular...tetapi dalam masa yang sama juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan sering digunakan di mana-mana.

Apabila kita mengetahui hakikat bahawa populariti tidak menjamin kesahihan, (kaedah ini juga diakui dalam kajian lain) maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidiki kesahihan sesuatu hadith dan tidak hanya bergantung kepada kemasyhuran atau popularitinya sahaja.


Maka dari manakah asal datangnya hadith ini? Di antara disiplin dalam menyebutkan hadith -sebagaimana diketahui dalam kajian hadith- ialah menyatakan sumber atau asal sesebuah hadith. Ia membantu dalam proses seterusnya iaitu menilai sama ada ia sahih atau tidak.


SUMBER ASAL HADITH '9/10 REZEKI'


Berdasarkan pencarian dan dibantu oleh kajian-kajian terdahulu, hadith ini disebutkan dalam beberapa lafaz berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu 9/10 rezeki ada dalam perniagaan. Didapati hadith ini disebut oleh Imam al-Ghazali (wafat 505H) di dalam bukunya yang terkenal iaitu Ihya' Ulumuddin.

Menurut Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, tahun 2001, ia disebut dalam jilid 2, muka surat 59 dalam Kitab Aadaab al-Kasb wa al-Ma'asy, Bab pertama 'Fadhl al-Kasb wa al-Hatth 'Alaih (Kitab adab-adab mencari rezeki dan pendapatan, bab kelebihan mencari rezeki dan galakkan ke atasnya). Tetapi ini tidak bermaksud Imam al-Ghazali 'meriwayatkannya' kerana beliau tidak menyebutkan sanad (rantaian periwayat) terhadap hadith ini. Maka yang lebih tepat ialah Imam al-Ghazali 'menyebutkannya' di dalam buku Ihya' Ulumiddin.

Bagi yang pernah membaca buku Ihya' Ulumiddin, mereka pasti akan tahu bahawa terdapat seorang ahli hadith yang digelar al-Iraqi (wafat 806H) yang telah menyemak dan memberikan ulasan terhadap hadith-hadith yang ada di dalam buku Ihya' Ulumiddin. Apa yang beliau lakukan ialah atas permintaan pencinta ilmu untuk mengetahui kedudukan dan sumber asal hadith-hadith di dalam buku tersebut. Malah kebanyakan cetakan Ihya' Ulumiddin dimuatkan bersama komentar dan ulasan al-Iraqi ini dalam bentuk nota kaki di bawah teks asal Ihya' Ulumiddin.


KOMENTAR AL-IRAQI TERHADAP HADITH '9/10'


Apa kata al-Iraqi? Beliau telah menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan oleh: Ibrahim al-Harbi dalam bukunya Gharib al-Hadith melalui jalan Nu'aim Bin Abd. Rahman dan kesemua periwayatnya thiqat (dipercayai). Seterusnya beliau menyatakan kata-kata dari tiga imam hadith iaitu: Abu Hatim, Ibnu Hibban dan Ibn Mandah menyatakan bahawa Nu'aim Bin Abd. Rahman bukanlah seorang sahabat tetapi seorang tabi'i (sempat bertemu sahabat dan tidak sempat bertemu Rasulullah s.a.w.), maka kata al-Iraqi: Hadith ini mursal.


Maksud al-Iraqi dengan kata-katanya: 'mursal' ialah hadith ini dinyatakan oleh Nu'aim Bin Abd. Rahman sebagai 'Nabi s.a.w. bersabda' sedangkan beliau tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. bahkan beliau merupakan seorang tabi'i. Hadith dalam kategori sebegini diistilahkan sebagai mursal dan ia adalah antara kategori hadith yang belum dipastikan sahih atau dhaif. Untuk lebih lanjut, sila rujuk mana-mana buku ilmu hadith dan cari perbincangan tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'.


KESIMPULAN DARIPADA KATA-KATA AL-IRAQI


Apa yang dapat difahami daripada ulasan al-Iraqi
:
  • Hadith ini sumber asalnya ialah buku Gharib al-Hadith hasil susunan Ibrahim al-Harbi.
  • Di dalam hadith ini, didapati Nu'aim Bin Abd. Rahman telah menyebut bahawa ia berasal daripada Rasulullah s.a.w.
  • Namun dalam periwayatan hadith, hanya seorang sahabat (sempat bertemu Rasulullah s.a.w.) yang boleh menyatakan demikian.
  • Setelah dikaji oleh al-Iraqi, didapati Nu'aim bukan seorang sahabat, tetapi seorang tabi'i.
  • Ini menjadikan hadith tersebut terputus. Dalam hal ini, ia diistilahkan sebagai 'mursal'. Seluruh ulama hadith sepakat bahawa hadith 'mursal' bukanlah salah satu kategori 'hadith sahih' . Ia perlukan kepada banyak syarat dan keadaan untuk menaikkan kedudukannya ke tahap 'sahih'. Bukalah mana-mana buku Mustolah al-Hadith, pasti akan ada perbincangan panjang tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'. Kebanyakan pengkaji juga menyebutkan bahawa 'mursal' pada penggunaan ulama awal ialah lebih luas dan ia membawa maksud kedhaifan.

SUMBER LAIN

Namun begitu, hadith ini juga ditemui dalam sumber yang lain. Hadith ini ditemui antaranya didalam :


a) Buku Sunan Sa'id Bin Mansur - Ia dinyatakan oleh Markaz Fatwa dari laman web islamweb.net (fatwa no.61297), . Namun Markaz Fatwa menyatakan ia berasal dari riwayat Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Tooi.


b) Buku Islah al-Mal, Ibnu Abi al-Dunya (wfat 281H) (cetakan Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, tahun 1993) - ia meriwayatkan hadith ini yang bersumberkan Nu'aim Bin Abd. Rahman (hadith no.213) . Maka ia sama juga seperti yang disebutkan di atas tadi. Ia hanya pengulangan rantaian periwayatan yang sama.


c) Buku al-Jami' al-Shaghir, al-Suyuti (wafat 911H)- dalam buku ini, hadith tersebut disebutkan (bukan diriwayatkan) dan seterusnya didapati al-Suyuti membuat ulasan yang amat ringkas iaitu - daripada Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Too'i secara 'mursal'. Kita dapati al-Suyuti menambah seorang lagi tabi'i yang meriwayatkan hadith tersebut. Tetapi beliau masih menyatakan ianya 'mursal' dan ia kembali kepada perbincangan panjang tentang kedudukan hadith 'mursal' dalam ilmu kajian hadith atau mustolah al-hadith.


d) Buku Gharib al-Hadith karya Abu Ubaid al-Qaasim Bin Sallaam (wafat 224H) (cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, tahun2003) - di dalam jilid pertama, muka surat 80, didapati Abu Ubaid telah menyebut hadith ini dan didapati jalannya juga melalui jalan periwayatan Nu'aim Bin Abd. Rahman.


KESIMPULAN PENTING


1- Hadith ini walaupun popular, ia tidak disebutkan atau diriwayatkan di dalam buku-buku hadith utama seperti: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, buku-buku Sunan, Musnad-musnad dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara (salah satu) petunjuk tentang kedhaifan sesebuah hadith.


2- Di dalam semua buku utama hadith seperti di atas, terdapat bab-bab dan hadith-hadith tentang perniagaan. Sekiranya ia sahih dan penting - berdasarkan maksudnya - pasti ia akan berada di dalam buku-buku utama tersebut dan dijadikan dalil utama dalam menggalakkan perniagaan.


3- Tidak kita temui kenyataan dari mana-mana ahli hadith utama yang menyatakan kesahihan hadith ini. Apa yang ada hanyalah sebahagian ulama menyebutnya di dalam buku mereka dengan rantaian periwayat yang mana ia (rantaian periwayat itu) difahami - oleh pengkaji hadith - bahawa ia merupakan petunjuk kepada kedhaifannya. Ahli hadith moden juga didapati menilainya sebagai dhaif.


4- Untuk menyatakan bahawa perniagaan adalah baik dan Islam menggalakkannya, sudah memadai dengan ayat-ayat Al-Quran - contohnya ayat 275 surah Al-Baqarah - dan hadith-hadith yang penuh dengan panduan dalam perniagaan. Lagipun, hakikat bahawa Nabi s.a.w. pernah berniaga semasa mudanya dan para sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini juga sudah cukup menggalakkan kita untuk melakukannya. Kita tidak perlukan lagi hadith yang dhaif atau tidak pasti sebagai dalil. Begitu juga kita boleh mengetengahkan fakta-fakta sahih tentang para Nabi selain Rasulullah s.a.w. yang juga berniaga dan bekerja sendiri.


5- Hendaklah kita berhati-hati dengan populariti sesuatu hadith atau kata-kata, kerana ia mungkin tidak sahih atau tidak tepat.


6- Bagi mereka yang tetap ingin menyebut hadith ini sekadar menggunakan maknanya, adalah dinasihatkan mengikuti saranan imam-imam hadith seperti al-Nawawi, Ibn Hajar dan lain-lain yang mana mereka menyarankan agar membezakan antara 'cara menyebut' sesuatu hadith yang sahih atau dhaif. Seeloknya hendaklah digunakan ayat-ayat seperti - terdapat sebuah riwayat menyatakan bahawa..., sebagaimana di dalam sebuah hadith dhaif..., agar masyarakat tidak terkeliru.



INI HANYA SEBAHAGIAN DARI PANDUAN KITA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SEBAB KADANG2 KITA MENERIMA SESUATU ITU BULAT-BULAT DAN TANPA KAJIAN ATAUPUN SUMBER ILMIAH LAIN. TERIMA KASIH PADA YANG MELUANGKAN MASA MEMBACA TEKS INI... aenuamnya


DICIPLAK DARI
http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2008/12/ulasan-terhadap-hadith-910-rezeki.html
DAN
beberapa sumber lain dari uncle google dan makcik yahoo!!

Friday, 23 September 2011

GUA RESPEK SAMA LU BRADER!!!!!!!





Tak tau kat negara mana yang jadi menatang ni..
Ini pun dapat sbb td saja Search kat "Uncle Google" & ada plak image ni.. huhu..
Apa2 hal pun mmg kena respek dgn brader ni, kaki hancur pun bleh lg dengan selamber layan SMS..
Huhu..

Ni lg Satu.. Saja2 nak kongsi2..



Korang tgk bangunan ni, n tanpa diduga dia menjadi sempadan pemisah antara dua negara!!!
So maknanya, bangunan putih sebelah kiri, rakyat negara lain, n bangunan kelabu sebelah kanan rakyat negara lain!! Tak tau la betul ke tak apa yg aku cakap ni...
So try lah Blogwalking ke, minta tolong kat Pakcik Google ka, Makcik Yahoo ke utk mencari dua negara yg bersempadan dengan bangunan ni..
Bleh ke?

"JIKA KAMU BOLEH HIDUP, KAMU HARUS INGAT BAHAWA IBU SAYANG KAMU"

Aku ingin menceritakan Sebuah kisah benar yang telah berlaku di bumi China semasa berlakunya gempa bumi di sana... Mungkin ada yang telah pernah membaca pasal ni, n aku pun dah try blogwalking pasal ni n jumpa kat mcm2 blog dah n kat FB pun ada..
Selepas gempa bumi di bumi China itu reda, penyelamat telah tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, dan mereka telah melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah.

Namun mayat tersebut kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Dan sebenarnya, Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
 
Para penyelamat telah berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan mayat tersebut dan ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia. Para penyelamat terpaksa meninggalkan rumah tersebut kerana mereka lebih mengutamakan mangsa yang masih hidup.

Namun dengan takdir Allah,ketua pasukan penyelamat tersebut terdorong untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu dan memeriksa keadaan sekelilingnya. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "


Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati untuk memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Akhirnya kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya itu dapat diselamatkan. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. 


Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

Moga menjadi panduan untuk kita dan semestinya pesanan ini untuk sayangku Norhamizah Bt Ahmad yang kelak akan bergelar ibu. Insyaallah.

Friday, 16 September 2011

Resepi : Puding Sagu


Nyum Nyum...


PUDING SAGU

BAHAN A
1 Cawan Sagu
3 Cawan Air
Sehelai Daun Pandan
BAHAN B – kuah puding
1 Ketul Gula Melaka
Santan
Gula Pasir

CARA-CARA
1.       Bersihkan sagu dan rendamkan selama 10-15minit.
2.       Then masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan tanak (masak) – pastikan bhn2 di kacau sentiasa sehingga mendidih.
3.       Setelah sagu tadi pekat, masukkan dalam loyang atau mangkuk kecil2 then biarkan sejuk sendiri.
4.       Untuk kuah pula, 1 ketul gula melaka+sedikit air di panaskan sehingga cair. Masukkan gula pasir sedikit untuk menambah kemanisan.
5.       Cara hidang pula : puding sagu y dh sejuk td, masukkan dlm cwn puding. Then tuangkan santan + gula melaka cair = siap (hidangkan, kalo nk sejuk leh taruk ais seketul dua)

 SeLaMat MemCubA KEngKawAn..