Permulaan Hidup Kami

Permulaan Hidup Kami
OuR LiFe

Tuesday, 19 February 2013

Aktiviti Untuk Bayi


Assalamualailkum

Jom kita berkongsi infomation mengenai dunia si kecil
Info ni saya dapat sumber dari majalah Pa&Ma


  • Dukung, buai dan nyanyi kepada bayi - Aktiviti ini selalu la aku lakukan untuk si kecil Iman. hihi tapi buai tidak sama sekali. Iman tidak reti naik buai sebab dia tidak tidur dalam buai. Aku cuba letak jugak dalam buai tapi dia menagis..so cara nak tidurkan si kecil aku memang mudah..just bentang tilam then buat sebotol susu bagi dia minum..letak pulak bantal dekat sekeliling dia..then peluk dia..lama-lama tidur..mudahkan hihih
  • Selalu bercerita kepada mereka sepanjang hari apabila anda menukar lampin, menyusu dan memandikan bayi - Tentang bercerita ini, biasanya aku akan bercerita berkenaan dunia si kecil..apalagi yang boleh aku buat selain dari menyanyi lagu budak2 untuk Iman. Terpaksalah aku mencari lagu kanak-kanak dan hafal. hahahah Selain itu, berzikir dan berselawat pada Iman. Kalau bukak Astro Oasis yang berkenaan zikir dan selawat memang tidak berkelip-kelip mata Iman tengok tv.
  • Letakkan alat permainan berwarna terang berdekatan bayi - Permainan Iman banyak dah berlonggok hahaha. Aku ini pantang kalau pergi kedai baby. Pasti aku pergi tempat barang mainan dulu..suka sangat tengok mainan yang comel2 itu, mesti aku akan beli satu mainan baru untuk Iman.
  • Beri bayi alat permainan yang boleh dipegang, digerakkan dan menghasilkan bunyian - Mainan ini kadanf-kadang Iman tidur pun sambil pegang mainan. Comel juga kadang tengok dia tidur sambil sebelah tangan pegang botol susu, sebelah tangan lagi pegang mainan.
  • Berikan mereka mainan lembut untuk dipegang dan dirasai - Sekarang ini anak comelku dalam proses nak tumbuh gigi. Gusi dia sangat keras. Asyik nak meleleh je air liur ye. So aku belikan Iman mainan yang lembut untuk dia mengasah gusi dia yang duk gatal tu..Kalau dukung si kecil aku ni, bahu tangan mesti kena gigit dengan Iman..Itu tidak ada gigi lagi dah pandai mengigit. Kalau ada gigi luka berdarah dibuatnya.
  • Sediakan ruang yang bersih untuk bayi merangkak. Letakkan mainan yang terang di sekelilingnya supaya dia tertarik untuk berlatih bergerak ke arah mainan tersebut - Setiap ruang di dalam rumah memang kena dibersihkan..disebabkan Iman sudah pandai merangkak berdiri dan sekarang ini pandai mengutip barang. Kutip barang satu hal, lepas itu, terus masuk ke mulut..itu yang tidak leh tahan tu.. dah beberapa kali dah aku korek mulut anak aku..jumpe kertas dan plastik. Aduh memamg tidak boleh lepa.
  • Baca dengan kuat buku cerita yang mengandungi gambar-gambar yang terang. Flash card juga amat baik - Membaca, aku sudah melatih Iman membaca buku. Aku beli buku untuk Iman mengenal huruf (ABC). Alhamdulillah, aku sebut 'A' je..dia dah pandai merangkak cari buku and baca. Sebutan yang dia pandai sebut adalah 'A'. anyway, aku ada beli tikar yang ada gambar 'ABC'. Memang berguna jugalah semua tu untuk pembelajaran si kecil mengenal huruf.


Sekian, itu sahaja info yang dapat dikongsi bersama.
Jumpa lagi

coretan by mieza..

Wednesday, 6 February 2013

Fathul Iman sudah Lapan ( 8 ) bulan.


Assalamualaikum

Perkembangan anakku yang aku lihat masa dia dalam usia 8bulan ni 
sungguh memberangsangkan.. Cuma Iman diserang demam.
Orang kata demam nak beralih bulan..
Ada juga yang kata demam nak meringankan badan untuk mula berjalan.
Iman sekarang ni dah mula memapah-mapah tapi masih terhuyung hayang lagi.
Kalau didirikan dekat tepi sofa, dia dah boleh mengekalkan kedudukan berdiri
sambil menahan diri daripada terjatuh. Kekadang jatuh juga hihihi..

masa Imam demam

Selain itu, Iman dah dapat duduk dengan baik tanpa dibantu.
Merangkak pula semakin laju bergerak ke sana sini.
Dekat dalam rumah semua tempat dia lawat dan di tuju ye..
Kebersihan dan keselamatannya memang kena dijagalahkan.
Bukan apa, sekarang ini apa benda yang dia jumpa akan dicapai then terus ke mulut.
Pernah juga lah si Iman ni hampir tertelan kertas. Apalagi memang kena jolok la mulutnya..
So, aku elakkan anakku ni dari mencapai benda2 yang berbahaya.
Alas meja pun tidak guna..untuk keselamatan.

Satu lagi, Iman ni kalau dah dapat satu barang dia akan pegang, then bila dia dah bosan
dia akan jatuhkan barang tu, bila barang dah jatuh mula la dia merenggek suruh kita ambil barang yang dia dah jatuhkan tu..berulang-ulang dia akan buat macam tu..
Dari pemerhatian aku, Iman dah mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengambil sesuatu
dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat. Handphone pun dah pandai pegang
then pandai letak kat telinga..nak bercakap dengan papa heheh.

Habit Iman adalah korek telinga hihi

Sekarang ini Iman dah mula kenal orang, kalau jumpa orang yang dia tidak pernah lihat
memang tak la dia nak kat orang tu..tapi dia akan tengok orang tu lelama.. then bila dia dah selesa
baru dia akan nak la kat orang yang baru dia kenal tu.
Tentang Papa Iman, Iman kenal dengan Papa dia..walaupun papa dia balik sesekali.

See mulut ye tu asik nak menyembur je..

Anyway, Sampai sini dulu la yang dapat dikongsikan bersama u'oll.
sekian..


coretan by miza..daaa :D