Permulaan Hidup Kami

Permulaan Hidup Kami
OuR LiFe

Monday, 14 October 2013

DoA & AmaLan IbU HaMiL


Assalamualaikum

Haiii semua,

Hari ini miza nak kongsikan kat anda semua 
berkenaan amalan ketika mengandung..
ini hanya amalan doa untuk ibu hamil.

Miza pun cuba untuk mengamalkannya..
kalau tidak dapat baca hari2, 
baca seminggu sekali pun boleh untuk amalan..


Jika boleh kita buat la bacaan selepas menunaikan solat fardu
Bacaan doa di atas ni baru je miza search..
before ni masa mengandungkan anak sulung dulu miza 
just amalkan baca Al-Quran sahaja.

Surah yang miza amalkan adalah
- surah yusuf
- surah yunus
- surah maryam
- surah luqman

Inilah yang selalu miza amalkan..
Masuk mengandung anak ke-2 ni,
masih jugak mengamalkannya tapi tidaklah masa mcm mengandungkan Iman dulu..
dulu hari2 9bulan membaca Quran..
sekarang pun masih jugak amalkan cuma tidak dapat nak baca hari2
tapi seminggu sekali tetap baca...curi masa..
bukan apa, si kecik Iman dah makin bijak sekarang
Encik suami pun dah dapat tukar ke sisi diri ini kan..
kalau dulu sorang2 je..suami pun jauh...masa pun banyak yang terluang
sekarang tanggungjawab nak melayan dua hero dengan kerenah masing2 
nasib baik masih duduk dekat rumah emak, 
thanks mak coz banyak sangatt menbantu..

So, kepada kawan2 semua marilah kita sama2
mengamalkan doa2 ini..untuk ingatan diri miza gak ni...
Doakan miza ye..semoga di permudahkan segalanya
diberi kesihatan yang baik sepanjang hamil ni dan 
dikurniakan anak2 yang soleh & solehah
Aminn..


Sekian, daaa


Coretan dari mieza....