Assalamualaikumm and Haiii
Perkembangan Iman masa 11bulan seperti 10bulan. So aku skip lah
perkembangannya terus ke 12bulan..hihihi
Kejap je kan sudah setahun anak mama ni..
Pada 9 Mei 2013 genap usia Iman 12bulan (setahun)
Majlis?? hahah adalah buat kecil-kecilan je..
jemputan adalah sedara mara terdekat
saje buat suka2 je..
Iman sudah pandai makan sendiri menggunakan sudu tapi
faham-faham saje la confirm tak sampai ke mulut hihihi
kalo suap pakai tangan pun meja yang sepah dengan nasi bertaburan.
ermm tak ape lah, dalam proses pembelajaran kan..
Berjalan? setahun sebulan (1thn 1bln) baru pandai berjalan tanpa sokongan
tapi memang bergayalah jalan ye.. kaki melangkah tapi tangan kat atas
maybe cara dia seimbangkan badan la tu..
Sambil berjalan mulut pulak tak reti diam..bercakap saje
Nak tau apa yang iman cakap, hahah
'tatatak' 'mamaa' 'nananak'
'hahaah'
macam2 nada dan bunyi yang keluar kat mulut dia sambil berjalan
ini bermakna iman dah pandai berjalan sambil bercakap
good boy
Sejak pandai berjalan ni..kerja ye makin banyak la
alas meja pun tak payah la pakai..nanti semua barang atas meja ditarik ye
macam2 la aktiviti ye..susu pun kurang..nak air sarsi jer..
Bila dah semakin aktif dengan berjalan,
maka mula la demam melanda..demam urat kot..asyik sangat berjalan
Iman demam dengan suhu badan hampir mencecah 39drjh celsius
aku confirm la risau yang amat..so papa iman pun bawak iman terus ke
hospital columbia..sambil berjalan tu singgah la terus..
biasa ye iman g klinik Lam je kat Pontian ni..
Sampai je hospital, iman terus dibukak baju yer..so melalak la si kecik mama ni
nurse tu terus mandikan iman kat atas katil hospital tu..
kesian jugak mama tengokkan..tapi mama tak dapat nak bantu..
dah basah kuyup iman, nurse pun amik lagi suhu badan ye..menurun..
lepas tu masukkan ubat melalui bontot..ubat untuk turunkan suhu badan..
alhamdulillah, malam tu kat rumah badan ye pun tak panas tapi
aku bagi la ubat yang dh dibekalkan tu..esok terus baik berjalan la iman semula
kehulu kehilir meneruskan aktiviti dia tu..
demam nak pandai ekk..hihih
Anw, setakat ni je la yg dpt dikongsi.. entry ni pun dah lama draf baru la ni dapt di post kat u'll hihi
selamat berpuasa kawan2 semua..