Dunia Maya Kami
Life is Art
Permulaan Hidup Kami
Tuesday, 25 September 2018
AKHIRNYA KAMI KEMBALI
Thursday, 26 February 2015
Dating
Assalamualaikum & haiii
Lama sudah rasanya tidak berblog...
Tiada kesempatan hendak menaip hihih
Macam sibuk sangat kan..mengalahkan ahli lembaga hahaha...
Aktiviti sepanjang ketiadaan bermacam2, melayan kerja, melayan anak2 n berholiday. Wahhh nampak macam seronok bukan...
Banyak sebenarnya projek yang aku impikan belum direliasasikan lagi..maka, azam tahun 2015 ini semoga dapatlah kiranya aku mereliasasikannya... Aminn...
Jom ikuti pengembaraan kami sekeluarga kihkihkihh...
Tuesday, 11 November 2014
Singapore i'm coming Yeeaahh
Assalamualaikum & Haaii
Holidays
Nak dikatakan holiday jugak la kan.. Sebenarnya mengikuti rombongan Cik kiah hihihi..rombongan pejabat Encik suami. Kalau nak pergi sendiri errmmm tak payah nak mengharap laa kan untuk nak ke luar negara..
Anak
Kebanyakan orang akan taya.."bawa anak tak"? Sebagai ibubapa opkos la i kata bawa. Hihihi tapi boleh di bawa sorang je.... Payah bebenor nak amik gambo ank2 i ni untuk buat pasport. Iman yang beso dah pun ajak bergambo taknak tengok camera..si adik Nana apa lagi kan..so mama dan papa leh handle sorang je... So keputusan ye adalah tinggal Nana. Bawa Abg iman ke Singapore
Destinasi
Kawasan lawatan adalah ke Singapore science center. Selepas itu singgah makan dekat tempat makan popular kat sana Restoran Hjh Maimunah. Solat di Masjid Sultan.. Then bergambo kat lion (iman kata singa kuar muntah) hihi Akhir sekali sopping kat Gelang Serai.. Puas berjalan singgah solat asar kat masjid (lupa plk name masjid). Lepas magrib kembali ke tanahair Malaysia.
Monday, 3 November 2014
Terasa Serba Salah Di Dalam Diri
Assalamualaikum & haii ..
Perasaan
Aku mempunyai perasaan..perasaan yang menyebabkan aku berfikir banyak kali...berfikir mengenai adakah aku bersalah! Ermmmm tetiba aku menjadi keliru..keliru dgn tindakan yang aku lakukan.. Dan aku juga tidak menyangka perkara ini terjadi..
Kata-kata
Betullah kata peribahasa yang menyatakan 'Kerana Mulut Badan Binasa'. Aku tidak berniat apa-apa.. Aku cuma nak menyampaikan perkara yang aku rasa perlu tahu. Tidak ku sangka sebegitu penerimaan mu.. Akan ku jaga lidahku selepas ini demi mgeratkan silaturrahim antara manusia sekeliling.
Maaf
Perkataan maaf aku lontarkan..ku buang egoku demi kesalahan Ku.. Maafkan Ku kerna menyinggung perasaan mu.. Ku sangat kesali..
Manusia
Sifat dan sikap manusia sememangnya begitu..sudah berlaku baru menyesal.. Aarrrghhh...
Ya Allah Ampunkan Dosa2ku..
Thursday, 30 October 2014
Ariana 9bulan
Assalamualaikum & Haiii
Perkembangan Ariana untuk 9bulan ni banyak juga. Gigi sudah dua batang tumbuh..gigi bahgian bawah. Bila ada gigi ni apa lagi kan laju la die mengunyah.. Nana sangat suke makan dan pantang tengok org makan.. Orang makan nanti sibuklah die pun nak makan. Sedangkan die dah kenyang mkn tapi boleh lagi nak mintak org makan..
Merangkak
Of course dah pandai merangkak..sejak atok2 Nana blik haji, si Nana pandai angkat punggug &terus merangkak. Laju dh.. Dan dah mula panjat kerusi.. Panjat pandai tapi turun masih gigil2 lagi.
Makan
Dari segi pemakanan pulak, Nana jenis pemakan orang ye.. Suap ajelah mulut die nganga je..bawa pegi Klinik berat Nana 9bulan 6.4kg. Oklah meningkat walaupun naik sekadar 500g.. Yang penting sihat..
Saturday, 25 October 2014
Gembira
Assalamualaikum
Haiii
Gembira tau i'ols sebab Mak ayah dah kembali ke tanah air.. Hampir 50hari mereka pergi menunaikan haji.. Alhamdulillah selamat segalanya. Rindu sangat.. Semua rindu hihi
Aku yang pergi ambil Mak ayah di airport Senai. Hafiy n hazim duk umah jaga tetamu hihi..terima kasih banyak pada keluarga makcik2 yang datang menanti ketibaan makayah kat rumah..siap masak2 lagi..jasamu ku kenang..takkan dilupa..
Cucu-cucu tokmak tok ayah tentu la kelakar gelagat ye bila ketemu atok2.. Nana tak ingat buat saje je ngan atok2 ye..maklumla hampir 2bln..masa atok ye g haji umur Nana 7bln..balik haji Nana dah 9bln..kecik lg..tak tau pape.. Gelagat iman pulak segan malu2 kucing ngn atok2 ye...senyumm je...malu..hihi tp 2 3 hari lpas tu..dorang dah okey..ape lagi berkepit la ngan tokmakayah dorang..
Bersyukur sangat semoga makayah sihat kuat & sentiasa ceria.. Okey jom layan sikit gambo Haji & Hajjah sekeluarga..
Monday, 6 October 2014
Hari Raya AidilAdha
Assalamualaikum
Haiii kawan2....
Post delay okey...hihi rasa ye masih tak terlewat lagi utk aku mgucapkan
'SelaMat HarI RayA AidilAdha'
Raya haji kami beraya di Perak (belah suami) sbb makayah i'ols menjalani ibadah haji..Alhamdulillah tak lama lagi kembali la my parents ke tanahair..semoga mereka pulang dengan selamat sihat serta membawa haji mabrur..
Adikku Hafiy ikut kami beraya di Perak manakala Hazim tak ikut..duduk beraya sendiri ke umah makcik.
So jom layan gambo raya yang tak seberapa ni...
Coretan by mieZa